Sunday, February 8, 2015

Cerita ke Beijing 3

Aku nak habiskan cerita perjalanan aku ke Beijing ni...aku takdelah cerita details sangat...santai-santai aje...kalau ikutkan beratus-ratus gambar yang aku snap kat sana...tapi aku letak kat blog mana yang penting jelah kan...janji aku abadikan di blog aku ni...esok lusa bila boring bole bukak baca cerita sendiri...muahhahaha......
ni di luar National Theater. Cantik bangunannya...berbentuk oval...

ni pulak di Beihai Park. Aku tengok bersih je tamannya...sejuk je mata memandang..








ZZ bila  dah banyak berjalan mulalah mengadu perut laparrr jee. Jalan punya jalan..ternampak signboard kedai muslim di Shenshahai Street tapi lupa pulak nak snap gambarnya. Ada mee sup dan dimakan bersama daging dan telur rebus. Rasanya jugak boleh tahan..sampai licinlah ZZ makan.


Kalau ke Beijing tak sah kalau tak cuba teh cina. Perempuan yang promote teh tu punyalah berbuih mulut cerita tentang teh dengan khasiatnya sekali...tapi kitaorang tak beli pun...tengok dia buat demo je...kat Malaysia dah banyak teh...tak yah lah beli jauh-jauh..hehehe






ni pulak ke Ming City Wall Ruins Park. Tembok jugak...yang dibina semasa zaman Dinasti Ming dulu untuk pertahanan dari serangan musuh. Chewahhh....macam aku ngajar sejarah lak..haha...tembok tu dah diruntuhkan oleh pihak kerajaan sebenarnya tapi hanya ditinggalkan beberapa blok untuk diceritakan kepada pelancong macam aku ni ha...di sebalik tembok ni adalah kawasan bandar yang sibuk.



 



dan semestinya salah satu tarikan di kota Beijing ialah Bird's Nest Stadium dan Water Cube Aquatics Centre. Bila aku tengok dari dekat stadium tu....rasa kagum lak dengan pembinaan dan usaha yang dilakukan  untuk menghasilkan stadium sebegini rupa.





Ini pulak adalah Masjid Niujie. Simple saja tapi tetap mengekalkan seni binaan yang ada sentuhan budaya mereka.










Rasenya cukuplah cerita aku ke Beijing ni....lain kali aku cerita tempat-tempat lain pulak yang pernah aku pergi. Aku cuma nak abadikan dalam blog...sekurang-kurangnya kalau aku tak ingat nama tempat yang aku pernah pergi tu..aku boleh rujuk kat blog aku ni. Anyway..thank you ya sesiapa yang sudi baca blog aku ni. Aku budak baru nak belajar...(budak ke..)hehe..

No comments: