Friday, February 6, 2015

Anak Bujang..

Aku ada sorang je anak...dah bujang dah...13 tahun. Tahun ni dia masuk sekolah berasrama...sejak dia masuk asrama ni...aku rasa sunyi jeee kat rumah..balik kerja sunyi...tengok bilik dia pun sunyi..haisshhh...nasiblah setengah jam je driving dari rumah untuk ke sekolah dia. Bila malam..dia call citer aktiviti dia kat sekolah..ngadu penat sebab kena uruskan macam-macam..maklumlah sebelum ni semuanya aku yang sediakan.....

Yang bagusnya bila dia tinggal di asrama ni...bolehlah dia belajar berdikari..uruskan masa...uruskan keperluan diri...takdelah asyik main game jeee....bila tiba weekend pulak aku dan Z pergi tengok dia...bawak dia outing..selalunya request nak makan fast foodlah....haiii..anak..ooo....anak...kenapalah ko cepat sangat membesar..


No comments: