Monday, October 3, 2022

PERCUTIAN KE SABAH PART 3

 Catatan 2.3.2018...



Malam kedua di Kundasang kami bermalam di Hounon Ridge Farm.Kedudukan tempat ni sememangnya strategik bagi yang mahu menikmati keindahan Gunung Kinabalu secara dekat kerana tidak ada yang menghalang pemandangan terus ke arah gunung itu. Aku yang memutuskan bermalam di penginapan tersebut setelah puas aku mencari maklumat tempat manakah yang terbaik pemandangannya tanpa ada yang menghalang pandangan mata. Tetapi perjalanan ke Hounon Ridge Farm ini agak sedikit mencabar kerana perlu mengharungi keadaan jalan raya yang tidak begitu stabil..mujurlah kereta berada di dalam keadaan yang baik. Yang penting sampai ke destinasinya dan perasaaan puas hati menyelubungi saat melihat pemandangan indah gunung tersebut dari rumah penginapan.


Malamnya kami hanya berehat di dalam bilik dan makan bekalan makanan yang kami beli dalam perjalanan. Suasana sunyi sepi...hanya bertemankan suara cengkerik menemani malam itu. Keesokkannya selepas subuh, aku mula menjelajahi kawasan sekeliling rumah penginapan..melihat pemandangan matahari terbit di celah-celah gunung dengan menghirup udara gunung yang segar. Arrghhhhh......indahnya Ya Allah..ciptaanMu..melihat gagahnya berdiri Gunung Kinabalu ni..membuat aku kagum dan takjub dengan kebesaran Ilahi. Sungguh indah di depan mata!














Aku tidak melepaskan peluang merakamkan memori sepuas mungkin berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Entah bila lagi diberikan kesempatan untuk hadir ke Kundasang lagi. Setelah puas bergambar, kami berkemas dan meninggalkan Kundasang dengan memori indah untuk menuju ke bandar Kota Kinabalu.


Monday, April 6, 2020

PERCUTIAN KE SABAH PART 2



1.3.2018

Hari kedua adalah hari untuk explore keindahan Kundasang...kat sana pukul 6 pagi dah cerah macam pukul 8 di Semenanjung...semalam masing-masing tido awal... kepenatan nak menyampaikan ke Kundasang tu...hari ni muka masing-masing ada ceria...terutamanya aku..hehe..

Sebelum tu mari kita buat lawatan kawasan dulu...




Nampak jelas pemandangan Gunung Kinabalu pagi tu dari depan chalet tempat aku menginap. Lewat petang semalam ketika aku sampai, gunung tu diseliputi kabus. Cuaca pun nampaknya bagus pagi tu.



See...dari jendela ruang tamu chalet tu aku singkap langsir je dah boleh nampak...hehe





Bergambar sakan...sebab halamannya cantik..warna -warni dengan pokok bunga...rasa macam berada di taman bunga pulak..














Berdekatan dengan chalet ni, ada sebuah cafe disediakan...nampak gaya pagi tu kamilah pelanggan pertama yang datang ke cafe tu. Cafe bukak pukul 7 pagi, dah habis melawat kawasan tadi...ambik gambar banyak-banyak...terus ke cafe tu untuk breakfast. Menunya banyak pilihan...harga pun pun boleh tahan..hehe





Inilah cafenya...simple..but nice...




















Kami order nasi goreng ayam dengan telur goreng, telur separuh masak dan teh tarik. Puas hati pulak minum teh tarik panas-panas kaw-kaw kat sini...Cuaca pagi tu dahlah sejuk...minum teh tarik...perrrggghhhhh...nikmat eh...(padahal beribu kalori yang masuk dalam badan..hahaha......)takpe..sesekali...dimaafkan..hehe


Tengok....gelas sikit punya besar...selalunya kalau banyak macam tu aku tak habis minum sorang...tapi kali ni elok pulak habisss.....mungkin suasana tu yang mempengaruhi kesedapan teh tarik tu...hehehe...





cafe ni terletak di lereng bukit...so sekitarnya hijau..nyaman je...


Ini view dari tempat kami duduk breakfast...

Sebenarnya chalet ni terletak di sebelah Kiram Village.....tapi pada aku kawasan Kiram Village tu nampak dah lama sikit berbanding dengan chalet di Alphine ni...sebab tu aku ambil keputusan untuk menginap di sini tapi lanskap di sekeliling Kiram Village tidak mengecewakan....still cantik dan warna warni...lepas settle breakfast, sambung pulak bergambar di sekitar Kiram Village...











Setelah puas bergambar di sekeliling Kiram Village dan Alphine Residence tu..kami mula berkemas untuk check out dan meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm. Perjalanan takdelah jauh sangat dari Alphine ni...dalam 20 minit macam tu.


Sampai sana tak sah lah kalau tak cuba ais krim gelatonya.Tengok lembu tu perkara biasa, di semenanjung pun banyak juga lembunya cuma yang istimewa di Desa Dairy Farm ni, suasana yang dingin dan pemandangan  yang menghijau tempat pemeliharaan dan ternakan lembu-lembu tersebut yang menambat hati untuk berkunjung ke sini.











Kemudian kami teruskan perjalanan ke Kundasang War Memorial, iaitu taman-taman khas yang dibina untuk memperingati peristiwa tahanan perang Australia dan British yang diseksa, ditembak dan mati kebuluran ketika Perang Dunia Ke 2 dulu.





Hari masih panjang, kami teruskan perjalanan ke Hot Spring. Kali ni kami bertiga cuba naik jambatan gantung pulak. Mulanya rasa cuak jugak bila dah jambatan tu asyik bergoyang je bila  berjalan di atasnya tapi nasiblah aku ni tak gayat sangat bila berada di tempat tinggi, jadi teruskan menyeberangi dengan jayanya...huhu..kalau nak patah balik dah tak boleh sebab tadi pun nak sampai ke tempat permulaan naik jambatan gantung ni pun dah mendaki bukit berpeluh-peluh dibuatnya...Setelah selamat menyeberangi jambatan gantung dan dalam perjalanan turun, singgah di kolam air panas yang disediakan. Kami tak berhajat untuk mandi, cuma rendamkan kaki untuk lepaskan lelah dan berehat seketika.
















Kemudian kami teruskan perjalanan lagi ke Tagal Kampung Luanti Baru, tempat yang terkenal dengan Fish Massage. Sebelum tu pekena durian Kampung Luanti ni dulu sebijik.Besar-besar isinya..puas la makan..















Besar-besar la ikan dalam sungai ni..gemok-gemok..haha..agaknya asyik diberi makan oleh pengunjung, bukan main jinak lagi. Hari pun beransur petang...sebelum kami check in di tempat bermalam kedua yang berlainan di Kundasang ni,  kami singgah dulu bergambar di Sabah Tea Love Teapot...mengadap terus ke Gunung Kinabalu. 




Indahkan ciptaan Ilahi...💗