Monday, October 3, 2022

PERCUTIAN KE SABAH PART 3

 Catatan 2.3.2018...



Malam kedua di Kundasang kami bermalam di Hounon Ridge Farm.Kedudukan tempat ni sememangnya strategik bagi yang mahu menikmati keindahan Gunung Kinabalu secara dekat kerana tidak ada yang menghalang pemandangan terus ke arah gunung itu. Aku yang memutuskan bermalam di penginapan tersebut setelah puas aku mencari maklumat tempat manakah yang terbaik pemandangannya tanpa ada yang menghalang pandangan mata. Tetapi perjalanan ke Hounon Ridge Farm ini agak sedikit mencabar kerana perlu mengharungi keadaan jalan raya yang tidak begitu stabil..mujurlah kereta berada di dalam keadaan yang baik. Yang penting sampai ke destinasinya dan perasaaan puas hati menyelubungi saat melihat pemandangan indah gunung tersebut dari rumah penginapan.


Malamnya kami hanya berehat di dalam bilik dan makan bekalan makanan yang kami beli dalam perjalanan. Suasana sunyi sepi...hanya bertemankan suara cengkerik menemani malam itu. Keesokkannya selepas subuh, aku mula menjelajahi kawasan sekeliling rumah penginapan..melihat pemandangan matahari terbit di celah-celah gunung dengan menghirup udara gunung yang segar. Arrghhhhh......indahnya Ya Allah..ciptaanMu..melihat gagahnya berdiri Gunung Kinabalu ni..membuat aku kagum dan takjub dengan kebesaran Ilahi. Sungguh indah di depan mata!














Aku tidak melepaskan peluang merakamkan memori sepuas mungkin berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Entah bila lagi diberikan kesempatan untuk hadir ke Kundasang lagi. Setelah puas bergambar, kami berkemas dan meninggalkan Kundasang dengan memori indah untuk menuju ke bandar Kota Kinabalu.


No comments: