Monday, November 3, 2025

MACAM-MACAM KERJA DEMI SESUAP NASI

 Assalamualaikum...


Sambungan dari kisah aku yang lalu..kisah mencari kerja yang sesuai setelah berhenti dari kerja kilang. Aku kan tinggal di kawasan flat berhadapan dengan Sunway Pyramid. Lalu tempat yang paling mudah, dekat dan menjimatkan untuk ulang alik bekerja adalah mencari kerja di dalam Sunway Pyramid itu sendiri. Aku berjalan dari satu kedai ke satu kedai melihat yang mana satu kedai yang agak-agak boleh menepati citarasa dan jiwa aku. Akhirnya aku masuk ke sebuah kedai buku dan bertanyakan kerja kosong di situ. Kebetulan kedai buku tersebut memang memerlukan pekerja dan akhirnya aku bersama sahabat aku diterima bekerja di kedai buku MPH.

Jiwa aku lebih seronok di kedai buku. Aku selalunya ditugaskan untuk susun buku, kira stok buku tapi kebanyakkannya ditugaskan di kaunter bayaran sebagai juruwang. Kadang-kala, ada pelanggan yang nak balut buku-buku sebagai hadiah pun, aku kena balut dengan jayanya. Hari-hari dikelilingi buku-buku yang pelbagai dan warna -warni sehingga tiba masa aku harus pulang ke kampung untuk melakukan persiapan perkahwinan aku di hujung tahun. Aku berkahwin pada bulan September 2000. Setelah selesai kenduri kahwin kedua belah pihak, aku mengikuti suami pindah ke rumah sewa kami yang pertama di Puchong Jaya. Ketika itu hati aku masih belum terbuka untuk menjalani tempoh 'chambering'. Berdekatan dengan rumah sewa aku tu ada sederet rumah kedai yang baru dibuka dan salah satunya adalah klinik. Aku diterima bekerja di situ sebagai pembantu klinik. Tapi jiwa aku tidak sesuai di situ...apataknya...banyak melangut dari melakukan kerja. Sekiranya tiada pesakit yang datang, aku hanya duduk termenung merenung jam dinding menunggu masa untuk pulang. Bagai menunggu sarang labah-labah memanjat diri. Seingat aku hanya beberapa hari sahaja aku bekerja di klinik tersebut, akhirnya pada suatu hari ketika aku pulang ke rumah pada waktu rehat tengahari, petangnya aku tidak kembali semula ke klinik. Itu baru kisah di klinik.....tapi tak serik-serik lagi mencari kerja lain yang sesuai dengan jiwa....hahaha

Ketika itu IOI Mall Puchong baru dibuka dan pada masa tu Jaya Jusco baru nak beroperasi dan mencari pekerja. Hari pertama pengenalan aku pergi suka-suka mencuba dan diterima, siap dapat uniform lagi...haha..tapi keesokkannya terus tak muncul-muncul sebab rasanya itu bukan jiwa aku untuk meneruskannya. Pencarian masih belum berakhir...aku mohon kerja di Maxis di cawangan Sunway untuk kemasukan data di komputer. Kerjanya mudah tapi tidak mencabar minda. Hanya melakukan perkara yang sama dari pagi sampai petang, tapi aku boleh bertahan beberapa bulan jugak di situ kerana tempatnya tidaklah jauh dari rumah sewaku di Puchong Jaya. Apabila Maxis hendak berpindah ke pejabat yang lebih besar di bangunan Maxis di KLCC, aku terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerana terlalu jauh untuk aku ke sana walaupun ketika itu ketua jabatan aku menawarkan diri untuk mengambil dan menghantar aku pulang tapi tak naklah susahkan dia...nanti aku tak bergerak bebas pulak sebab rasa macam terikat.

Setelah beberapa hari tanam anggur, aku cuba lagi dengan menghadiri temuramah untuk pencarian pekerja di sebuah farmasi di Subang Taipan. Bila diingat-ingatkan, gigih betul aku ya cari kerja dulu...rajin pulak tu ke sini ke sana cari kerja yang takde kaitan dengan undang-undang...hahaha...punyalah letih belajar undang-undang dulu..sampaikan aku nak rehat dari memikirkannya buat seketika...aku menghadiri temuramah sebagai pembantu farmasi di Ibu Pejabat di Shah Alam. Aku masih ingat lagi ketika ditanya..kenapa aku yang belajar undang-undang tapi gatal datang mintak kerja di farmasi pulak..tak ke jauh na perginya. Masih segar di ingatan apa yang aku jawab ketika itu. Aku kata dengan yakin dan bersemangat sekali bahawa aku nak cuba, aku nak belajar sesuatu yang baru dalam hidup aku. Agaknya peneruramah itu melihat keyakinan dan semangat aku yang berkobar-kobar, aku terus diterima tanpa ragu-ragu..hehe..aku bekerja di farmasi macam biasa sebagai pembantu tapi aku juga tidak lama di situ, bukan kerana farmasi itu yang berpindah tapi aku menghadapi kesukaran untuk datang dan balik dari kerja. Banyak betul cabaran untuk aku ya. Bukannya apa...en. suami ketika itu bekerja secara shift di sebuah kilang dan aku pulak mengharapkan dia untuk hantar dan ambil aku pulang. Kami ketika itu hanya ada sebuah motor saja dan apabila pertembungan masa kerja yang tidak sama antara keduanya, maka masalah pun timbul untuk aku berulang ke tempat kerja. Ketika itu kawasan Puchong baru nak membangun, kemudahan kenderaan awam pun terhad, akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti untuk tidak menyusahkan en. suami dan pihak majikan juga. Eemm....apabila macam-macam bidang yang aku cuba dan tidak ada satu pun yang kekal, aku mula sedar sebenarnya aku memang ditakdirkan untuk berkhidmat dalam bidang undang-undang. Akhirnya...aku menelefon satu persatu pejabat peguam di sekitar Puchong dan Subang Jaya untuk bertanyakan kekosongan menjalani latihan 'chambering'. Nanti aku cerita kisah chambering aku pula selepas ini k.....babai...:-)


No comments: