Saturday, February 7, 2015

Cerita ke Beijing 1



Tahun lepas bulan 10 aku, Z dan ZZ gi Beijing...aku tak pernah lagi bawak ZZ travel ke oversea...ni first time..kesian tengok dia siang..malam..pagi..petang belajar untuk upsr....so exam pun dah abis..aku dan Z decide bawak dia fly..dekat-dekat je dahlah...hehe..kira starter gituu...haha..

Mulanya aku pun tak tau nak bawak jalan ke mana...tapi memandangkan aku tak pernah sampai lagi ke Beijing..apa kata kita ke sane...explore apa yang menarik...dari awal tahun book dengan travel agen..tapi tiket aku beli sendiri sebab tak nak clash dengan exam day dia nanti.Kiranya aku ke sana bertiga sahaja...tak bersama dengan pelancong-pelancong lain. Dari segi tu memang ada kelebihan beli tiket dan set date sendiri.


Dari pemerhatian aku..Beijing ni kota yang sibuk..besar..memanjang jem je jalannya...di mana-mana ramai je orang..yelah rakyatnyakan berjuta-juta lemon..hehe...bangunan kebanyakannya semua tinggi-tinggi...bukan pelancong luar macam aku je yang datang ke Beijing malah pelancong dari dalam negara China tu sendiri pun punyalah ramai...time aku tak datang..takde lak diaorang melancong...time aku datang tu lah...ramai-ramai keluar melancong dari macam-macam etnik dan daerah...

Yang fofular di Beijing ni apa lagi...Tembok Besar China laa...kalo pegi sane tapi tak jejak tembok besar macam ada sesuatu yang kurang pulak...yelah..dahlah datang dari jauh...tapi tak pergi melawat ke salah satu tempat ajaib di dunia...ZZ siap panjat tembok tu dan naik sampai ke atas..punyalah semangat dia..aku panjat tembok tu sikit je..amik syarat je jadilah..hehe
ni ketika ZZ panjat tembok tu sampai ke ataaaaaaassssss sane...tapi setelah sekian lama aku dan Z tunggu kat bawah ni...dia tak turun-turun...kitarong mulalah cuak..mana pergi si ZZ ni...hilang kat sempadan Mongolia ke apa....tanya kat pelancong-pelancong lain yang dah turun dari atas..tapi takde lak diaorang nampak...cuba korang tengok muka Z ni...muka dah naik risau dah....manalah anak ayah ni...hehehe...aku boleh pulak ambik gambar sana sini  sebab aku tau ZZ akan turun jugak...aku close up sikit muka Z yang dah naik risau ni..hehe...
akhirnya ZZ elok je berlari turun dari atas...fuuhhh...lega.....











No comments: