Monday, August 31, 2015

Korea Part 3


meh kita sambung cerita di Korea hari tu..tak habis lagi ni..bilalah nak abis...aku pergi 6 hari 5 malam...kalau tengok koleksi gambar memanglah banyak tapi aku pilih-pilihlah...pengsanlah kalau nak masukkan semua...episod kali ni (episod ko...macam telenovela pulakk...:p) aku dah fly back to Seoul dari Pulau Jeju...sambung lagi jalan-jalan..

 

 Nampak tak bukit di belakang aku tu...diberitahu belakang bukit tu kawasan Korea Utara..yang aku duk diri tegak ni sebelah Korea Selatan 

 
ini tempat untuk simpan kacang soya untuk proses buat kicap..tapi aku syak tempayan ni untuk pameran je..elok je bersih berkilat takde cacat cela...hehe




Kawasan yang aku merayau ni sebenarnya adalah satu kawasan  berpagar yang luas yang menempatkan bangunan-bangunan istana dahulukala...namanya Gyeongbok Palace. Kat luar pagar tu nampakkan bangunan-bangunan moden..tapi dalam pagar boleh feeling-feeling zaman raja dolu-dolu.Tapi aku tengok bangunan istana kat Korea ni takdelah jauh beza dengan bangunan istana di Beijing yang aku pergi dulu...lebih kurang je corak ukirannya..bentuk bangunan pun lebih kurang sama jee..singgahsana dalam istana tu pun sama...kalau nak tau lebih lanjut kena baca buku sejarah samada ada kaitankah pemerintahan di China dan Korea dulu-dulu..dan aku ni pulak terlebih 'rajin' kalau nak bukak buku sejarah balik.....



dikhabarkan bangunan belakang aku ni adalah khas untuk maharani..nak kata istana kecik bebenor...lebih kurang tempat istirehat dialah..kalau tak silap info yang diberitahu..ni tempat untuk maharani minum teh cina sambil dia duduk tepi tasik tu mengenangkan nasib diri...hehe..
jalan-jalan jugak..perut dah lapar ni..kat sana makan yang rebus-rebus je..sori..aku tak ingat apa nama makanan ni..tapi yang nyata penuh dengan sayur dan sayur..yang putih tu dibuat dari tepung..kenyal sikit..tapi bukan tu je..ada lagi...


yang ni nampak berselera sikit..ada telur dadar, carrot, tauge..jadi vegetarianlah aku masa kat sana..asalnya takde disediakan sos cili pun tapi nak kasi rasa pedas sikit....mintaklah dengan tuan kedai tu..baru ada kick!..jadilah dari rasa tawar jeee.....tapi dalam banyak-banyak tu kimchilah yang aku tak makan..sebab aku kalau makanan yang dijeruk ni aku tak boleh telan...setengah orang suka makan kimchi ni..tapi aku takat tengok je bolehlah...

end of the day...check in di Novotel Docksan Hotel. Dapat baring memang tak ingat apalah...keletihan campur kepenatan...



Morning!!!..sebelum sambung jalan..kita breakfast dulu...kat luar pun ada jugak disediakan meja dan background hiasannya pun cantikkk..konsep seperti minum pagi di ladang lembu gitu....:-p



salad dan buah-buahan yang fresh!




  

food presentation memang cantik..yang hujung kiri tu maggo juice...sekejapan je dah habis...cuba letak teh tarik..aku rasa tak sempat aku nak ambik..dah habis kut..hihi..


 seperti biasa..makan je apa yang boleh dimakan...



Hari ni kita ke Petite France..sebuah taman kecil yang berkonsepkan ala peranchis dibina bagi memperingati seorang pengarang novel yang terkenal, Saint- Exupery untuk novelnya yang bertajuk Le Petit Prince(1943)..dah lama tuu...patutlah aku pun tak penah dengar nama ni...hihi...so taman ni ditujukan khas untuk beliau. 













warna-warni taman ni...lebih kurang macam konsep colmar tropicale bukit tinggi di negara kita. Dah puas merayau kat petite france ni..dan sebelum mengakhiri trip ke korea..tak sah kalau tak pergi Nami Island, sebuah pulau yang selalu disebut-disebut orang sekiranya melancong ke Korea. Nanti aku sambunglah k. Babai.. 





Friday, August 14, 2015

Gulai Ikan Merah Campo Daun Kemangi


Asyik cerita pasal travel je kan...(cehh..macam banyak sangat aku travel..)..hihi..apa kata hari ni kita tukar topik jap..kita cite bab masak-memasak pulak...sajalah nak share kat blog ni..tak kisahlah ada orang baca ke tak..

semalamkan..semalam aku buat gulai ikan merah campo daun kemangi. Daun kemangi ni kan wangi baunya..apabila dicampak dalam masakan gulai tu..bertambah wangilah gulai tu....sesapa yang tak pernah cuba..bolehlah cuba..yang bestnya daun tu aku tanam sendiri..so bila nak masak..petik je..kan senang....                 
 


Beberapa keping ikan merah yang telah siap dibasuh..


Ni pulak daun kemangi dan cili besar..pun dah siap basuh..



Apa lagi..masukkan santan, asam keping, cili padi yang telah ditumbuk bersama kunyit dan garam..bila dah gelegak tu..masukkan daun kemangi tadi bersama cili besar..bio nampak meriah sikit.


tadaa...dah siap gulainya..senangkan!..makan dengan nasi panas-panas..fuhh..mau nambah dua tiga kali..hihi..selamat mencuba!!

 

Korea Part 2

Hari ni kita sambung cerita perjalanan aku di Jeju Island..kalau nak baca part 1 bole gi kat link ni..Korea Part 1. Apa-apa pun..sebelum kaki melangkah..isi perut dulu..tapi makan pun simple-simple jelah..nak makan macam-macam menu..tak beranilah aku..tak tahu halal ke idok..jadi ambik yang confirm halal je..


kat rumah pun aku tak makan anggur dan epal pagi-pagi..huhu..

Sekarang get ready nak mendaki bukit.....fuhh..cuba korang tengok gambar ni...korang rasa tak tinggi ke puncak bukit tu...nampak macam rendah je kan..cuba naik tengok...sampai ke tak ke atas tu..bila dah sampai atas..rase penat tadi pun hilang sebab cantiknyaaa ciptaan Ilahi...nama tempat ni Seongsan Sunrise Peak. Kebanyakannya orang  yang mendaki bukit tu untuk lihat keindahan sunrise dari puncak bukit tu...yang aku ni pulak..matahari dah terpacak..baru nak mendaki..tapi tak kisahlah...dapat gak tengok view dari atas..padahal dah berbelas tahun aku tak mendaki bukit sejak tinggalkan zaman belajar dulu..




masa mendaki tu adalah kedai-kedai kecik kat tepi-tepi tu kalau nak beli souvenir. tak ambik pulak gambarnya..sebab penat..maklumlah stamina aku hujung-hujung je..hehe




kat bawah bukit tu ada shooting...kat sanakan terkenal dengan drama-dramanya...tapi satu drama pun aku tak pernah ikut..sebab muka hero dah macam heroin dah aku tengok..lawa bebenor!


pastu sambung lagi perjalanan ke Seopjikoji...atas bukit jugak..tapi viewnya..Subhanallah...cantikkk bangat bak hang!!






dah puas mendaki..jom kita belayar pulak..naik kapal layar ni...makan angin di tengah-tengah laut luas..



ni gaya jee..bukannya aku memancing pun..kalau nak mancing pun boleh tapi tak naklah aku berdiri lama-lama tunggu ikan..

 


itulah kisahnya di Jeju Island..sebuah pulau yang cantik..bersyukur sangat dapat melihat ciptaan Allah yang Maha Indah ni..dengan sinaran matahari dan angin yang bertiup dingin membuatkan aku terkenang-kenang keindahan di sana..  nanti aku sambung kisah di Nami Island pulak..kena fly balik ke Seoul dulu...babai..

Korea Part 1

Annanseyoo!!!..Dah lama balik Malaysia baru nak cite pasal Korea...aduhaiii...tak sempatlah nak karang ayat nak cite tapi hati ni tak sabar-sabar nak cite..sebelum aku terlupa banyak perkara...maklumlah makin "muda"...baik aku abadikan dalam blog aku ni...tu pun yang mana aku ingat....p

Kali ni macam tahun-tahun sebelumnya..office aku buat trip lagi...dan tahun ni kita jelajah Korea pulok....tahun 2010 dulu pun aku dah pergi Korea tapi masa tu permulaan musim sejuk..awal Disember..tapi kali ni spring season...cuaca dingin dengan cahaya matahari yang memancar-mancar...dan trip kali ni jugakkkk.....Ya Allah...mencabar betullah buat aku yang dah lama tak menapak jauh ni..... naik bukit..turun bukit...dengan enam kali naik flight...turun flight....fuhh...kalah peserta yang masuk amazing race tu...tapi pengalaman tu lah yang mahal...


Perjalanan aku bermula pada 29.4.2015 malam bertolak dari Senai Airport ke Klia.Dari Klia ambik connecting flight terus ke Seoul. Yang bestnya luggage semuanya collect di Seoul nanti..jadi bawak badan jelah lenggang kangkung..
 
Dalam flight apa lagi nak buat..kalau tak makan..layan movie...kalau tak tido...makan..perjalanan pulak ambik masa lebih kurang 5 jam..


Awal-awal pagi sampai dah kena mendaki bukit..uhuk..uhuk...tapi viewnya cantikkk...






Ni tempat pertama yang aku jelajah...Namsan Park Lover Locks...kat tepi ni punyalah banyak mangga-mangga cinta yang dikunci kat situ...konon macam kau kunci cintaku di hatimu...sampai berkarat dah mangga-mangga tu aku tengok...agaknya perasaan cinta pun dah berkarat..kah...kah...kah





view dari atas bukit tu..sebahagian kota seoul..padat sepadat eh..


jalan-jalan lagi nampak mamat ni diri tegak tak gerak-gerak..siap pakai baju pahlawan lagi..


Kemudian kami bertolak ke Gimpo International Airport untuk fly ke Pulau Jeju...yeaaayyyy....yang ni best sebab  pemandangan di sana sangatttlah cantikkkk....itu aku cite kemudian..yang aku nak cite ni sampai je ke Jeju Island..kami dibawa ke  Mystery Road..kenapa misteri?..sebab sampai je di pertengahan jalan raya tu...enjin kenderaan dimatikan dan kenderaan bergerak sendiri ke depan..seperti ditarik..katanya kuasa graviti di tempat tersebut yang menarik kenderaan tu sedangkan jalan tu menaik...aku yang duduk dalam bas ni pun mulanya rase pelik apasal berhenti kat tengah-tengah jalan ni...rupanya tetiba selepas itu bas bergerak sendiri....dah jadi tempat tarikan pelancong pulak..





ramai pulak nak bergambar ngan papan tanda ni ha..


                                                  aku pun sama...hihi..

Pastu pergi ke Yongduam Rock..pembentukan batu-batu kesan dari letusan gunung berapi beribu tahun yang lalu..hasilnya nampak tak macam kepala naga kat batu tu?.....aku nampak je macam kepala naga..kalau korang tak nampak aku tak taulah...hehe...




masa ni dah senja..sempatlah enjoy sunset view...
 
 
end of the day barulah check-in hotel..macam nak tercabut kaki aku dibuatnya...mana taknya..dari semalam sampai tak rehat-rehat lagi..ni namanya bercuti sambil kerah tenaga....hihi

 
 
cute pulak big bears ni kat lobby..
tido dulu...esok moga aku diberi kekuatan untuk sambung part 2 k...babai..