Monday, August 31, 2015

Korea Part 3


meh kita sambung cerita di Korea hari tu..tak habis lagi ni..bilalah nak abis...aku pergi 6 hari 5 malam...kalau tengok koleksi gambar memanglah banyak tapi aku pilih-pilihlah...pengsanlah kalau nak masukkan semua...episod kali ni (episod ko...macam telenovela pulakk...:p) aku dah fly back to Seoul dari Pulau Jeju...sambung lagi jalan-jalan..

 

 Nampak tak bukit di belakang aku tu...diberitahu belakang bukit tu kawasan Korea Utara..yang aku duk diri tegak ni sebelah Korea Selatan 

 
ini tempat untuk simpan kacang soya untuk proses buat kicap..tapi aku syak tempayan ni untuk pameran je..elok je bersih berkilat takde cacat cela...hehe




Kawasan yang aku merayau ni sebenarnya adalah satu kawasan  berpagar yang luas yang menempatkan bangunan-bangunan istana dahulukala...namanya Gyeongbok Palace. Kat luar pagar tu nampakkan bangunan-bangunan moden..tapi dalam pagar boleh feeling-feeling zaman raja dolu-dolu.Tapi aku tengok bangunan istana kat Korea ni takdelah jauh beza dengan bangunan istana di Beijing yang aku pergi dulu...lebih kurang je corak ukirannya..bentuk bangunan pun lebih kurang sama jee..singgahsana dalam istana tu pun sama...kalau nak tau lebih lanjut kena baca buku sejarah samada ada kaitankah pemerintahan di China dan Korea dulu-dulu..dan aku ni pulak terlebih 'rajin' kalau nak bukak buku sejarah balik.....



dikhabarkan bangunan belakang aku ni adalah khas untuk maharani..nak kata istana kecik bebenor...lebih kurang tempat istirehat dialah..kalau tak silap info yang diberitahu..ni tempat untuk maharani minum teh cina sambil dia duduk tepi tasik tu mengenangkan nasib diri...hehe..
jalan-jalan jugak..perut dah lapar ni..kat sana makan yang rebus-rebus je..sori..aku tak ingat apa nama makanan ni..tapi yang nyata penuh dengan sayur dan sayur..yang putih tu dibuat dari tepung..kenyal sikit..tapi bukan tu je..ada lagi...


yang ni nampak berselera sikit..ada telur dadar, carrot, tauge..jadi vegetarianlah aku masa kat sana..asalnya takde disediakan sos cili pun tapi nak kasi rasa pedas sikit....mintaklah dengan tuan kedai tu..baru ada kick!..jadilah dari rasa tawar jeee.....tapi dalam banyak-banyak tu kimchilah yang aku tak makan..sebab aku kalau makanan yang dijeruk ni aku tak boleh telan...setengah orang suka makan kimchi ni..tapi aku takat tengok je bolehlah...

end of the day...check in di Novotel Docksan Hotel. Dapat baring memang tak ingat apalah...keletihan campur kepenatan...



Morning!!!..sebelum sambung jalan..kita breakfast dulu...kat luar pun ada jugak disediakan meja dan background hiasannya pun cantikkk..konsep seperti minum pagi di ladang lembu gitu....:-p



salad dan buah-buahan yang fresh!




  

food presentation memang cantik..yang hujung kiri tu maggo juice...sekejapan je dah habis...cuba letak teh tarik..aku rasa tak sempat aku nak ambik..dah habis kut..hihi..


 seperti biasa..makan je apa yang boleh dimakan...



Hari ni kita ke Petite France..sebuah taman kecil yang berkonsepkan ala peranchis dibina bagi memperingati seorang pengarang novel yang terkenal, Saint- Exupery untuk novelnya yang bertajuk Le Petit Prince(1943)..dah lama tuu...patutlah aku pun tak penah dengar nama ni...hihi...so taman ni ditujukan khas untuk beliau. 













warna-warni taman ni...lebih kurang macam konsep colmar tropicale bukit tinggi di negara kita. Dah puas merayau kat petite france ni..dan sebelum mengakhiri trip ke korea..tak sah kalau tak pergi Nami Island, sebuah pulau yang selalu disebut-disebut orang sekiranya melancong ke Korea. Nanti aku sambunglah k. Babai.. 





No comments: