Saturday, March 19, 2016

TIOMAN ISLAND


Assalamualaikummmmmm.....wahhh..lamanya aku tinggalkan blog ni bersawang...penuh dengan sarang labah-labah...sedihnya...tapi sebenarnya aku rindu nak menulis dan bercerita di sini..cuma biasalah alasan klise..kalau tak penyakit 'M'..masa mencemburuiku..huhuhu..(cemburulah sangatt)...:-p

Oklah..dari aku terus membebel baik aku start cerita aku ke Pulau Tioman yang indah lagi cantik tu. Walaupun dah lama tinggal di Johor tapi sebelum ni aku tak pernah teringin nak pergi ke pulau tu. Orang dari negeri lain berduyun-duyun datang...apatah lagi mat saleh dan minah saleh..memang suka ke sane..jadi cuti sekolah kali ni aku plan ke Pulau Tioman..tengok apa yang  menarik di sana...

Ikut plan asal aku nak pergi hari Sabtu tapi memandangkan tiket feri dah fully booked jadinya aku tukar ke hari Ahad. Jadual feri pukul 12 tengahari..elok terpacak matahari atas kepala...Perjalanan kali ni aku ambik pakej percutian dengan berhubung direct dengan owner resort  di sana.Urusan pun mudah..main wasap je..lepas setuju dengan itenary dan harga pakej, terus bayar depo, lepas tu aku dah tak perlu fikir apa-apa..kan senang tu..hihi...(aku memang nak yang mudah-mudah je...kata bercuti...hihi).

Bertolak awal pagi sebab aku tak suka rushing..sampai di Bandar Mersing pukul 10 pagi..awal lagi ni..perut pun tak isi lagi..sebelum mengharungi cabaran di jeti..makan kenyang-kenyang dulu tapi malangnya aku takde ambik gambar kat kedai makan tu sebab dah teruja sangat tengok seafood yang segar-segar. Dahlah first customer yang sampai..memang terbaiklah pilih lauk...

Dalam 1130 pagi  macam tu aku bertolak ke jeti Mersing..nasib baik pergi hari Ahad..takdelah ramai sangat orang...pergi kaunter terus beli tiket feri dan tiket taman laut. Harga tiket feri pergi balik untuk seorang ialah RM70 dan tiket taman laut harganya RM10 (tiket taman laut ni memang wajib beli..kalau tak nak beli ko tinggallah kat jeti tu sorang-sorang..memang tak diberi pilihan...hihi). Alkisahnya jadual feri tulis pukul 12 tapi alih-alih pukul 1 baru nampak muncung feri sampai...fuhh..berpeluh mak nak tunggu...memanglah ada kemudahan tempat duduk dan kipas semua...tapi kan best kalau sampai kat jeti tu terus naik feri...tak yah tunggu-tunggu..masa akak ni berharga dikk....bukan boleh dibuang sesuka hati...:-p
 
 
Amacam, besar tak beg sandang yang Z bawak?...Aku suka sebab aku jalan lenggang je..sebab semuanya kaum lelaki yang pikul beg..aku pegang tisu je untuk lap peluh..(bajet mak princess..:-p)
 
 
 
Tapi jangan risau..ramai macam mana sekalipun yang q nak naik feri tu..semua akan dapat tempat duduk sebab tiket dijual berdasarkan tempat duduk...punyalah detail aku cite pasal naik feri ni..padahal naik feri je..hahaha...bukan apa..perjalanan tu ambik masa 2 jam..kalau ombak besar ke...air surut ke..boleh terlajak 2 jam 1/2..jadi baik aku cerita apa yang aku alami ini untuk korang prepare mental tu awal-awal..kahkahkah...sepanjang dalam feri aku bantai tidur je..untuk memulihkan tenaga yang dah susut sikit masa q tunggu feri tadi..hahaha..






Sampai je di jeti tioman..wakil resort dah tunggu untuk bawak kami ke resort. Aku menginap di Juara Mutiara Resort yang terletak di Kampung Juara. Kalau korang tengok peta Pulau Tioman ni, Kampung Juara tu terletak di sebelah timur pulau dan jauh dari resort-resort lain. Aku lagi suka sebab tak crowded dengan pelancong-pelancong lain.. privacy sikitlah..takdelah sibuk seperti keadaan resort-resort di sepanjang pantai Kampung Tekek,  Genting, Nipah dan Paya tapi bagi yang suka suasana yang happening malam-malam..boleh tinggal di resort sebelah barat pulau.
 
 
 

 
 
 
 
 
 
Petang tu aku rehat dalam bilik je..si Z dan ZZ sewa motor RM20 sejam merempit secara sopan kat kampung tu. Nak pergi jauh-jauh pun penuh dengan hutan belantara je. Resort yang aku duduk ni dekatttt sangat dengan pantai. Beberapa langkah je dah nampak pantai. Kelebihan resort ni sebab pantainya panjang..landai dan bersih..malam tu makan malam di cafĂ© resort tu. Semua tu dah termasuk dalam pakej...malam pertama kitarong tidur awal...masing-masing kepenatan...(apa yang penat sangat tak taulah)..tapi dengan suasana malam yang sunyi..perut dah kenyang..apa lagi nak fikir..bawak-bawaklah tidur....zzzz...

 

Thursday, October 15, 2015

Laaa.....Makan Lagi...

 
Episod 1
 
Aku rase blog aku ni kalau tak cite pasal makan tak sah..hehe...just nak share..manalah tau kalau korang sampai ke JB tapi takde idea nak makan kat mana..bolehlah cuba kat tempat yang aku pergi ni..Ni cite cuti sekolah seminggu yang lalu...ZZ kan balik rumah..sebelum hantar dia balik semula ke asrama, marilah kita gi makan-makan dulu..kesian kat dia..makan nasi kawah jekan...haha..Alkisahnya ZZ teringin nak makan seafood...dah lama tak makan katanya..kesian pulak aku dengar..Tempat ni di area Medan Selera Ungku Petri Danga Bay. Banyak kedai kat situ. Ni pun aku main masuk jee...tapi resultnya pergghhh...buat aku teringat-ingat...nak ulang lagilah nanti..


 

Ikan Pari Bakar. Sambalnya mabeless tapi isi ikan pari ni sikit sangat..next time nak try ikan lain pulak.



Sotong Goreng Tepung..yang ni memang win!!...lepas ni kalau pergi lagi kedai tu..menu ni aku nak order dulu...memang sedap..crispy di luar..lembut di dalam..



Udang Goreng Mentega..yang ni pun sodap!..


Kupang masak apa tah ni..aku tak pasti sebab ni ZZ yang suka makan..aku tak makan..



Ketam Telo Masin..


Ni bukan menu tapi muka budak yang ceria bila hajat dipenuhi..makan tiga orang tak sampai pun RM150..kalau order menu yang sama kat Senibong yang terkenal dengan seafoodnya tu..mau cecah RM200++ ni...Bagi sapa yang nak cuba boleh cari kedai nama DOL MAT SEAFOOD NO 14.




Episod 2 (siap ade episod lagi..kahkahkah..poyo)

Ni pulak kisah nak makan Mee Udang yang dok viral kat fb tu...kebetulan kedai ni tak jauh dari rumah aku...dah alang-alang dekat tu..apa kata pergi try sekali nak cuba rase best ke idok...nama je dekat kedai dengan rumah tapi aku tak pernah sampai pun lagi...hihi...


 
Nampak macam lengang kan?? tapi sebenarnya aku duk queu kat tepi tu nak tunggu meja kosong...nasib baiklah disediakan kerusi..kalau malam minggu memang stanbylah untuk queu panjang...orang ramai sangat...
 
 
 

Hampai sejam jugaklah aku duk tunggu....akhirnya....taraaaa....udang datang menari-nari haa...patutlah viral...udangnya memang besor! Menu ni namanya Mee Udang JB Double Trouble.

 

Aku lak makan Kway Teow Goreng Double Trouble.


 


Ni aku snapkan menu. Harga antara nampak dan tak nampak jee...Pandai-pandailah korang agak.. yang Mee Udang JB Double Trouble tu sepinggan RM24.90..Bagi yang hantu udang bolehlah cuba....babai...
 
 

Friday, September 25, 2015

Makan-makan..

Memandangkan hari raya haji ni aku tak balik kampung sebab cuti hanya satu hari je...dan cuti tahunan aku pun dah tinggal hujung-hujung nyawa ikan..makanya parent aku dengan berbesar hati datang ke jb menjenguk anak cucu kat sini...kalau aku balik kampung nanti...hari jumaat aku dah kena kembali semula ke jb sebab hari sabtu anak bujang nak pulang semula ke pangkuan asrama..jadinya untuk kemaslahatan semua pihak..simpan dululah niat nak balik kampung tu...huhuhu..

Aku pulak dah pasang niat awal-awal..kalau wan dan atok datang jb..tak payahlah sibuk-sibuk kat dapur nak masak bagai....biarlah diaorang datang santai-santai..relax-relax..jalan-jalan..makan-makan..shopping...macam datang bercuti gitu...orang kalau pergi bercuti mana ada masak-masak ni..penatlah..

so layan gambar jelah..tapi bila makanan dah sampai...semangat nak makan tu lagi kuat dari semangat nak ambik gambar..hihi..jadi ini jelah gambar yang ada yang sempat aku snap..yang lain penuh dengan aktiviti makan dan makan tapi takde gambar..huhu..
  kedai baru..Steakout di Bandar Baru Uda..not bad..service pun cepat..takdelah tertunggu-tunggu sampai perut masuk angin.. 
 
 Bila lapar..nama food pun tak amik tau..acaner ni..??
 





Alkisahnya masa makan steak tu carrot yang diletak keras lah pulak..macam dicelur kejap sangat...jadi aku bagitaulah kat waiter yang ambik menu tu. Tup-tup...dia datang dengan sepinggan dessert ni ha...aloloo..sweet sangat ni..pandai amik hati customer...hihihi..



 

 


 tuan tanah dan anak bujang tuan tanah..tu jelah sorang..emas permata pengarang jantung...



Lots of Love:
    Zura


Saturday, September 5, 2015

15th Wedding Anniversary..

Assalamualaikum...

Asyik cerita tentang travel je..kali ni aku nak dedicate special entry for my husband...yelah...diakan sebahagian daripada hidup aku..tahun ni tahun ke 15 kami telah bersama..sekejap je masa berlalukan..kalo time sekolah dah masuk form 3 ni....aku rase baru hari tu nikah dengan dia..tup-tup dah 15 tahun..Alhamdulillah...segala puji-pujian bagi Allah yang memberikan nikmat ini...

Lumrah kehidupan..dalam hidup berumahtangga..tak semuanya manis..dan tak semuanya pahit..ade ups and down...tapi masing-masing cuba belajar memperbaiki kekurangan yang ada..menambah baik kelebihan yang diberi...manalah ada pasangan yang perfect serba serbi...ade ke??..yang takde cacat cela...yang senyum je 24 jam..pasti ada dugaan yang datang...cuma terpulang kepada kebijaksanaan dan kematangan kita untuk handle sesuatu dugaan atau ujian yang datang tu...pilihan di tangan kita...samada nak melenting ke..nak mengamuk ke..nak mengadu domba ke...atau yang paling best sabar jeee....atau pilih untuk berdiam diri dulu dan settlekan kemudian.

Kalau baca kisah rumahtangga yang berlaku di sekeliling kita ni..macam-macam kisah...kadang tak terjangkau dek akal ni perkara tu berlaku...samada datang ujian dalam bentuk kewangan..ada yang lain pulak  ujian  yang melibatkan hati dan perasaan...dengan pasangan yang tidak cuba memahami atau bertolak ansur...asyik dia dan dia je yang betul dan macam-macamlah seribu satu masalah...tapi itu semua adalah suatu proses pembelajaran yang berterusan bagi yang mampu menahannya.

Aku sentiasa ingatkan diri aku untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini..mungkin pada pandangan orang lain..tidak ada apa-apa yang istimewa..tapi perasaan 'cukup' itu lebih baik bagi diriku...rasa bahagia yang hadir dalam hati bukanlah datang dari harta yang banyak atau kehidupan yang mewah tapi ia adalah perasaan yang Allah hadirkan dalam hati bagi sesiapa yang Dia kehendaki.


kali ni kite ke kenny rogers je sudah....nak makan simple-simple je..muka Z pun macam penat sebab baru balik keje..aku je ceria manjang sebab time amik gambar haruslah senyum..hihi...moga jodoh kita berpanjangan dan kehidupan rumahtangga ini diberkati olehNya..Ameen..

Friday, September 4, 2015

Korea Last Part


Ini last part cerita tentang perjalananku ke bumi Korea...dan sebelum perantau pulang dari perantauan..moh le kite ke Nami Island dulu...pulau yang menjadi tarikan pelancong kerana pengembaraan drama Winter Sonata pernah dilakukan di sini. Kira besar dan luas jugaklah pulau ni. Nak ke sana kena naik feri dulu...tapi bagi yang suka adventure atau lagi sesuai bergayut di tali bolehlah sampai ke pulau tu dengan flying fox. Kalau landing atas pokok nasiblah..hihi....



masa aku pergi ni spring season...kalau datang masa winter sure lagi cantik pulau ni...dengan pokok-pokok painnya yang pelbagai......dengan landskap sekeliling pulau tu...






 

 Elok je terpacak gambar pelakon dengan basikal yang pernah digunakan dalam drama winter sonata bawah batang pokok tu...dah uzur dah basikal dan gambar  tu aku tengok...selagi tak reput selagi tulah ada kat situ agaknya...


masa ambik gambar dengan poster besar ni..depan aku bukan main lagi ramai pelancong yang lain duk tunggu giliran nak bergambar jugak...

Dari pulau dibawa pulak ke kawasan perkampungan tradisi masyarakat Korea yang masih kekal di sana...rumah-rumah tradisi ni asalnya adalah penempatan khas untuk pegawai-pegawai kerajaan...seperti kuarters kerajaan di negara kita..lorong yang sempit ni pun jadi tempat tarikan pelancong...sabor jelah...








Di Incheon Airport..sedang berjalan-jalan cuci mata tunggu masa nak berlepas...tetiba ada rombongan maharaja dan maharani jalan-jalan jugak kat situ...siap lambai lagi kat aku...hihi...dengan hulubalangnya..siap dengan iringan muzik lagi mengiringi rombongan tu.



Tamatlah sudah kisah di Korea..dah-dah lah tu....aku nak start cerita yang lain pulak..Kalau boleh aku nak abadikan perjalanan aku ke negara-negara lain yang pernah aku pergi dalam blog aku ni....at least takdelah berkarat memori tu...catatan perjalanan aku hanya yang ringkas-ringkas je....tapi bila aku tengok gambar-gambar ni semua..aku teringat kembali apa yang aku dah lalui ketika itu...next time kita ke Vietnam pulak ok!..Babai.