Friday, September 25, 2015

Makan-makan..

Memandangkan hari raya haji ni aku tak balik kampung sebab cuti hanya satu hari je...dan cuti tahunan aku pun dah tinggal hujung-hujung nyawa ikan..makanya parent aku dengan berbesar hati datang ke jb menjenguk anak cucu kat sini...kalau aku balik kampung nanti...hari jumaat aku dah kena kembali semula ke jb sebab hari sabtu anak bujang nak pulang semula ke pangkuan asrama..jadinya untuk kemaslahatan semua pihak..simpan dululah niat nak balik kampung tu...huhuhu..

Aku pulak dah pasang niat awal-awal..kalau wan dan atok datang jb..tak payahlah sibuk-sibuk kat dapur nak masak bagai....biarlah diaorang datang santai-santai..relax-relax..jalan-jalan..makan-makan..shopping...macam datang bercuti gitu...orang kalau pergi bercuti mana ada masak-masak ni..penatlah..

so layan gambar jelah..tapi bila makanan dah sampai...semangat nak makan tu lagi kuat dari semangat nak ambik gambar..hihi..jadi ini jelah gambar yang ada yang sempat aku snap..yang lain penuh dengan aktiviti makan dan makan tapi takde gambar..huhu..
  kedai baru..Steakout di Bandar Baru Uda..not bad..service pun cepat..takdelah tertunggu-tunggu sampai perut masuk angin.. 
 
 Bila lapar..nama food pun tak amik tau..acaner ni..??
 





Alkisahnya masa makan steak tu carrot yang diletak keras lah pulak..macam dicelur kejap sangat...jadi aku bagitaulah kat waiter yang ambik menu tu. Tup-tup...dia datang dengan sepinggan dessert ni ha...aloloo..sweet sangat ni..pandai amik hati customer...hihihi..



 

 


 tuan tanah dan anak bujang tuan tanah..tu jelah sorang..emas permata pengarang jantung...



Lots of Love:
    Zura


2 comments:

Nett said...

Sedapnya nampak weiii....

Zinnia Z A said...

dtg singgah blog sis . . belum berkesempatan lg nak makan kt sini , baru2 ni makan kt sebelah dia,yang HUNGRY HUB tu, ya allah , sejam jugak tunggu makanan sampai sis .. serik nak pergi sana lagi .. tgk review org lain, ramai jugak kata servis lambat . .