Friday, September 4, 2015

Korea Last Part


Ini last part cerita tentang perjalananku ke bumi Korea...dan sebelum perantau pulang dari perantauan..moh le kite ke Nami Island dulu...pulau yang menjadi tarikan pelancong kerana pengembaraan drama Winter Sonata pernah dilakukan di sini. Kira besar dan luas jugaklah pulau ni. Nak ke sana kena naik feri dulu...tapi bagi yang suka adventure atau lagi sesuai bergayut di tali bolehlah sampai ke pulau tu dengan flying fox. Kalau landing atas pokok nasiblah..hihi....



masa aku pergi ni spring season...kalau datang masa winter sure lagi cantik pulau ni...dengan pokok-pokok painnya yang pelbagai......dengan landskap sekeliling pulau tu...






 

 Elok je terpacak gambar pelakon dengan basikal yang pernah digunakan dalam drama winter sonata bawah batang pokok tu...dah uzur dah basikal dan gambar  tu aku tengok...selagi tak reput selagi tulah ada kat situ agaknya...


masa ambik gambar dengan poster besar ni..depan aku bukan main lagi ramai pelancong yang lain duk tunggu giliran nak bergambar jugak...

Dari pulau dibawa pulak ke kawasan perkampungan tradisi masyarakat Korea yang masih kekal di sana...rumah-rumah tradisi ni asalnya adalah penempatan khas untuk pegawai-pegawai kerajaan...seperti kuarters kerajaan di negara kita..lorong yang sempit ni pun jadi tempat tarikan pelancong...sabor jelah...








Di Incheon Airport..sedang berjalan-jalan cuci mata tunggu masa nak berlepas...tetiba ada rombongan maharaja dan maharani jalan-jalan jugak kat situ...siap lambai lagi kat aku...hihi...dengan hulubalangnya..siap dengan iringan muzik lagi mengiringi rombongan tu.



Tamatlah sudah kisah di Korea..dah-dah lah tu....aku nak start cerita yang lain pulak..Kalau boleh aku nak abadikan perjalanan aku ke negara-negara lain yang pernah aku pergi dalam blog aku ni....at least takdelah berkarat memori tu...catatan perjalanan aku hanya yang ringkas-ringkas je....tapi bila aku tengok gambar-gambar ni semua..aku teringat kembali apa yang aku dah lalui ketika itu...next time kita ke Vietnam pulak ok!..Babai.

7 comments:

Along Misuari said...

Best ya pi Korea..Doakan AM juga boleh jejak kaki di sana ya..

Ziana Eunos said...

seronoknya dapat pegi koreaa ^_^

*jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com

Ombak Bergigi said...

Allah,, jealousnya dgn akak... Om nak jgak pergi korea hihihiiii

Anonymous said...

bestnya jenjalan korea!

Aniey Yusoff said...

bestnya jenjalan korea!

Eina Md Ali said...

Seronoknya ke Korea. Salah satu tempat yang Eina teringin nak pergi juga. InshaaAllah satu hari nanti :)

http://vitaminkesihatansejagat.blogspot.my

Follower #24

nooreenazura said...

AM: InsyaAllah..satu hari nanti AM akan sampai ke Korea tu..:-)

Ziana: jalan-jalan tengok negara orang..:-)

Ombak bergigi: satu hari nanti pergi ke sana tau jalan-jalan!..:-)

Aniey: ade rezeki aniey pun bole jalan-jalan ke sana..:-)

Eina: InsyaAllah mudah-mudahan Eina pun dapat sampai ke sana..:-)

Fiedan: hai fiedan..salam perkenalan..johor di mana? saya di skudai..:-)