Tuesday, April 21, 2015

Bandung Day 3

Hai....meh kita sambung cerita hari ketiga di Bandung....kalau korang nak baca cerita sebelum ni bole refer kat sini k...Bandung Day 1 dan Bandung Day 2



sebelum bodyguard sampai...isi perut dulu..:-) selepas breakfast di hotel..kami bercadang nak pergi ke Dusun Bambu.Nama pun bambu..sah-sah lah banyak pokok buluh kat situ..




layan gambar jelah k...ada jambatan gantung....cafe...taman permainan kanak-kanak...
dusun bambu ni terletak di tanah tinggi..tapi ada lori comel ni datang ambik dan turunkan pelancong...kalau nak mendaki pun boleh jugak...takde sapa nak larang....hehehe..








lupa nak tanya kat bodyguard ari tu apa maksud lutung kasarung ni..monyet ke?..ada sesapa yang tau?..

kreatifkan?...diaorang bina sarang-sarang tu dari ranting kayu untuk bilik rehat..bilik meeting..tandas pun ada dalam salah satu sarang kayu tu
 

meh kita close up sikit keadaan dalam sarang ni..






dari Dusun Bambu...singgah di Kampung Daun...tempat ni pun cantikkkk..konsepnya pondok-pondok kecil dibina dalam suasana hutan di tepian air terjun buatan.....bagi yang nak lari dari suasana bandar yang asyik macet(jem)je...boleh datang kampung daun ni...persekitarannya yang hijau..suasananya yang nyaman..lepas makan bole tumpang tidur terus kat dalam pondok tu..hehe...










nak makan sambil baring pun boleh..:-p







 
bila seharian dah berjalan..badan pun dah penat..bodyguard kami cadangkan kami pegi ke Le'mongrass Spa...niat di hati memang nak cuba khidmat spa di sana..apa lagi..masing-masing menyerah diri jelah...service memang tip top..harga pun murah...dalam rm110 untuk full body massage, scrub, masker dan mandi sekali..fuhh...puas hati...berbaloi-baloi! kalau nak tengok listing harga..ni aku tolong snap kan tuk korang..hehe..oklah..tq sebab sudi baca cerita aku ni..bai!





No comments: