Tuesday, March 10, 2015

Hangzhou Part 1

Malam ni aku nak abadikan kenangan aku jalan-jalan ke Hangzhou. Ini kisah tahun 2013...dah lama.. tapi alang-alang aku dah ade blog sendiri..aku nak abadikan kenangan tu kat sini....Trip kali ni sebenarnya ke Hangzhou dan Shanghai..tapi bagi aku cite perjalanan ke Hangzhou dulu k...Alhamdulillah...setakat ni aku berpeluang travel ke beberapa buah negara melalui office trip aku yang dulu aku sendiri tak sangka boleh sampai....kalau zaman sekolah dulu..tengok kapal terbang nun jauh...terbang atas kepala pun rase macam mustahil je nak naik....sekarang ni..Alhamdulillah..Allah bagi aku melalui pengalaman itu....walaupun hanya pergi 4 atau 5 hari yang mana dah tentu tak cukup untuk aku mengenali dan memahami budaya masyarakat kat sesuatu tempat tu..tapi sekurang-kurangnya..ia membuka minda aku dan menjadikan aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada...


Oklah...perjalanan aku bermula di mana tiba saja di airport Shanghai..terus bergerak ke Hangzhou. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam menaiki bas. Sampai saja di Hangzhou..isi perut dulu....memandangkan tiada kedai makan yang khusus untuk muslim di situ..aku dan 2 orang kawan lagi hanya order french fries dan sandwish tuna saja. Minum pulak dengan teh bunga ros..





Perut pun dah diisi... kami dibawa untuk menonton Song Dynasty Show. Boleh tahan lama show ni. Penonton full house! Dari ceruk mana tah pelancong datang..tapi aku tengok macam pelancong tempatan je yang penuh kat dalam dewan tu..




 banyak jugaklah segmen persembahan yang diaorang buat...dengan props yang cantik..warna warni..penari-penari ni kalo menari..aku tengok bukan main liuk lentuk lagi...lembutnyaaaaalah haiii...



  


sambung lagi jalan-jalan...sebenarnya tempat ni dibina dalam satu kawasan taman tema yang luas...namanya Song Dynasty Town..memang ramai pelancong luar yang datang ke sini....banyak bangunan dibina yang ada ciri-ciri senibina lama..tapi aku tengok banyak bentuk pagoda dan temple je dalam kawasan taman tema tu...






aku tengok muka model pengawal ni pun dah macam kepenatan jee..agaknya aku pelancong yang ke seratus ribu yang bergambar dengan dia...hehe..dah tak larat nak senyum..


dan gerai yang jual pelbagai snek.






 aku suka biasan bayang-bayang bangunan pagoda belakang aku tu...kira perfect lah bayang-bayang tu bagi aku..abaikan saja model di depan tu....p

dah puas menapak..dah tengok show semua...kaki pun dah penat..badan pun dah berlengas...end of the day...barulah check in hotel...fuhh...puas hati  bila masuk tengok bilik...ni di Whynan Hotel...rasa macam nak tido je kat Hangzhou seminggu...hehehe..






Ok frens..sambung citer next entry pulak k...chow chin chau!..


















No comments: