Monday, March 23, 2015

Shanghai

Dari Hangzhou...sambung perjalanan ke Shanghai pulak....kat Shanghai..totally different suasananya dengan Hangzhou..kat sini bandarnya lebih sibuk..banyak bangunan pencakar langit...lebih moden...penduduknya pun lebih padat...tapi aku rase kalo kat tanah China ni..mana-mana pun padat...tapi suasana kalau di Hangzhou aku tengok lebih kepada kedesaan gitu...











ni masa jalan-jalan di Chenghuangmiao Bazaar...orang punyalah ramai..tapi aku tengok masing-masing jalan lenggang je..takde lak bawak barang shopping banyak-banyak..tapi sebenarnya aku pun tak tau apa yang nak dibeli sebab barang-barang yang dijual tu banyak patung-patung, toys, barang hiasan tuk rumah...end up cuci mata jelah....



tapi aku suka tengok hiasan atau ukiran bangunan-bangunan di situ...


pemandangan di waktu malam cukup cantik di Shanghai....tempat ni namanya The Bund...di tepian Sungai Huangpu iaitu kawasan tebing sungai (riverfront) yang memang terkenal di Shanghai. Kalau datang kat Shanghai..mesti datang jalan-jalan kat sini terutama di waktu malam. Sungai Huangpu ni kira adalah sungai yang terbesar di Shanghai. Nampak tak bangunan tinggi kurus tu...yang tu adalah Oriental Pearl TV Tower...simbol kemodenan Shanghai.








Deretan bangunan yang bercirikan colonial British ni semuanya terletak di sepanjang tepian The Bund tu. Dengan cahaya lampunya yang keemas-emasan..kadang terasa macam aku kat London pulak...hahaha...




aku suka gambar ni...macam gambar poskad....pandai tak aku amik??..hehe.







our dinner..di sebuah restoran muslim tak jauh dari hotel tempat aku menginap...ni pun staff hotel tu yang recommend kat kitaorang...nasib baik senang je nak cari...




sambung merayau lagi..di Shanghai malamnya 'hidup'...tidak seperti di Hangzhou...






ni view dari tingkap bilik hotel...







after breakfast..dah makan kenyang-kenyang...barulah berangkat balik...tamatlah kisah aku di Hangzhou dan Shanghai...walaupun perjalanan yang singkat tapi peluang untuk ke sana bukannya datang selalu...InsyaAllah selagi diberi peluang..aku selagi boleh akan cuba melapangkan diri untuk pergi..sebab aku memang suka travel...
oklah..terima kasih sebab sudi baca perjalanan aku ni..info ringkas-ringkas je aku catatkan di sini...nak details sila google sendiri....hehe...byeee...
















Sunday, March 22, 2015

Hangzhou Part 2



sambung kisah di Hangzhou lagi...keesokkannya bila dah breakfast apa yang patut...sila kuatkan mental untuk jalan-jalan lagi...






kali ni pergi visit Leifeng Pagoda.. nun jauh terletak di atas bukit..nak naik tangga pun boleh..nak guna eskalator pun ada...

 view dari atas pagoda tu.....berkabus..




ni adalah hasil ukiran dari kayu...cantikkan..aku tengok..halusnya ukiran ni..kalau tak sabar dan teliti nak ngukir ni memang tak dapatlah hasil cantik macam ni....

 
 

 
 
 

turun dari bukit pergi West Lake pulak..naik old style cruise boat keliling tasik yang luas tu..




Dah penat daki bukit..dah penat keliling tasik..barulah bergerak ke Shanghai...kat sane check in di Lee Meridian Hotel....next entry aku citer kisah di Shanghai pulak k..

Tuesday, March 10, 2015

Hangzhou Part 1

Malam ni aku nak abadikan kenangan aku jalan-jalan ke Hangzhou. Ini kisah tahun 2013...dah lama.. tapi alang-alang aku dah ade blog sendiri..aku nak abadikan kenangan tu kat sini....Trip kali ni sebenarnya ke Hangzhou dan Shanghai..tapi bagi aku cite perjalanan ke Hangzhou dulu k...Alhamdulillah...setakat ni aku berpeluang travel ke beberapa buah negara melalui office trip aku yang dulu aku sendiri tak sangka boleh sampai....kalau zaman sekolah dulu..tengok kapal terbang nun jauh...terbang atas kepala pun rase macam mustahil je nak naik....sekarang ni..Alhamdulillah..Allah bagi aku melalui pengalaman itu....walaupun hanya pergi 4 atau 5 hari yang mana dah tentu tak cukup untuk aku mengenali dan memahami budaya masyarakat kat sesuatu tempat tu..tapi sekurang-kurangnya..ia membuka minda aku dan menjadikan aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada...


Oklah...perjalanan aku bermula di mana tiba saja di airport Shanghai..terus bergerak ke Hangzhou. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam menaiki bas. Sampai saja di Hangzhou..isi perut dulu....memandangkan tiada kedai makan yang khusus untuk muslim di situ..aku dan 2 orang kawan lagi hanya order french fries dan sandwish tuna saja. Minum pulak dengan teh bunga ros..





Perut pun dah diisi... kami dibawa untuk menonton Song Dynasty Show. Boleh tahan lama show ni. Penonton full house! Dari ceruk mana tah pelancong datang..tapi aku tengok macam pelancong tempatan je yang penuh kat dalam dewan tu..




 banyak jugaklah segmen persembahan yang diaorang buat...dengan props yang cantik..warna warni..penari-penari ni kalo menari..aku tengok bukan main liuk lentuk lagi...lembutnyaaaaalah haiii...



  


sambung lagi jalan-jalan...sebenarnya tempat ni dibina dalam satu kawasan taman tema yang luas...namanya Song Dynasty Town..memang ramai pelancong luar yang datang ke sini....banyak bangunan dibina yang ada ciri-ciri senibina lama..tapi aku tengok banyak bentuk pagoda dan temple je dalam kawasan taman tema tu...






aku tengok muka model pengawal ni pun dah macam kepenatan jee..agaknya aku pelancong yang ke seratus ribu yang bergambar dengan dia...hehe..dah tak larat nak senyum..


dan gerai yang jual pelbagai snek.






 aku suka biasan bayang-bayang bangunan pagoda belakang aku tu...kira perfect lah bayang-bayang tu bagi aku..abaikan saja model di depan tu....p

dah puas menapak..dah tengok show semua...kaki pun dah penat..badan pun dah berlengas...end of the day...barulah check in hotel...fuhh...puas hati  bila masuk tengok bilik...ni di Whynan Hotel...rasa macam nak tido je kat Hangzhou seminggu...hehehe..






Ok frens..sambung citer next entry pulak k...chow chin chau!..