Saturday, March 10, 2018

PERCUTIAN KE SABAH PART 1

Assalamualaikum....lama ceq tak menaip kat blog ni..bukan tak rindu tapi entahlah...kekuatan tu yang tak ada..hehe
 
Kali ni nak abadikan pengalaman percutian ke Sabah..28.2.2018 hingga 4.3.2018..5 hari 4 malam. Selalunya orang ke sana hanya 4 hari 3 malam tapi disebabkan ini adalah impian aku yang dah sekian lama nak ke sana...jadi aku nak spend masa lama sikit kat Sabah..biar puas jalan kat sana..tak tahu lepas ni bila lagi akan sampai ye tak?

Aku start survey tiket flight dari awal tahun 2017..nak dapat tiket murah dari JB ke KK bukannya mudah kalau tak merajinkan diri cek website. Akhirnya bulan 8 aku book tiket untuk kami bertiga...masa tu AirAsia ada buat promosi diskaun tinggi diberikan untuk jumlah penumpang yang ramai. Kami hanya bertiga tapi dapatlah diskaun 30% atau 35% masa tu..aku pun tak ingat...jumlah bayaran tak sampai pun seribu termasuk makanan dalam flight, berat  luggage 35kg pergi balik dan pilihan tempat duduk. Aku saja beli berat luggage siap-siap...kang nak balik nanti bila macam-macam shopping, masa tu baru nak beli luggage, masak mak nak bayar kat kaunter...beli secara online lebih jimat dan tak perlu fikir dah lepas tu.

Hari Pertama 28.2.2018

Aku beli tiket di awal pagi..7.25 pagi dari JB...Pukul 5 pagi dah bertolak ke airport...sampai Senai Airport, check in beg siap-siap dan terus solat subuh. Lagipun aku dah buat web check-in, jadi kat situ dah menjimatkan masa. Penerbangan hanya mengambil masa dalam 2 jam. Alhamdulillah..takde masalah..lancar je..makan pun sedap..flight pun on time.





Sampai di KK dalam pukul 9.30 pagi. Aku telah book kereta sewa awal-awal lagi dengan En Faizal...nombor hp dia pun aku dapat dari facebook hasil dari pencarian info sebelum aku ke Sabah ni. Awalnya aku book kereta Iriz tapi akhirnya dapat kereta Bezza...tak kisahlah mana-mana....janji keadaan kereta yang ok dan tak memberi masalah. Harga sewa pun berpatutan...lepas tawar menawar aku hanya bayar RM340 untuk 4 hari setengah kerana hari terakhir nanti aku akan pulangkan lewat petang.

Kami terus bertolak ke Kundasang, Sabah. Dalam perjalanan, singgah di Speedmart beli macam-macam makanan ringan buat peneman..hehe..Perjalanan mengambil masa selama 1jam setengah atau 2 jam bergantung keadaan cuaca. Aku hanya guna google map untuk ke sana..mudah..

Di tengah perjalanan, kami berhenti di Pekan Nabalu....rezeki kami bertiga agaknya..kerana ramai pulak orang yang jual durian...musang king hanya RM15 sekilo...kalau kat JB memang tak dapek lah harga tu..bagi yang berhajat nak beli cenderamata, di syorkan beli di Pekan Nabalu kerana harganya murah dan banyak pilihan.



 





Ada yang unik cenderamata yang dijual...kat sana kan terkenal dengan hasil kraftangannya yang pelbagai dan kreatif...tapi memang cantiklah..warna-warni gitu...tapi aku hanya cuci mata sahaja..beli pun sekadar fridge magnet untuk kenang-kenangan..






Tak cukup dengan durian, minum air kelapa pulak..


Hari pun dah beransur petang..kat sanakan harinya cepat gelap...dan aku nak sampai ke tempat penginapan sebelum hari bertambah gelap..maklumlah jalan ke Kundasang tu berbukit bukau, banyak selekoh..kita dah lah tak biasa dengan jalan kat sanakan..Kami menyambung perjalanan hingga ke Pekan Kundasang...singgah beli sayap ayam untuk makan malam nanti.


 

 Akhirnya sampai ke tempat penginapan malam pertama kami di Kundasang....Alphine D'Bayu Residence...cantik sangat kawasannya...Aku memilih sebuah rumah chalet 2 tingkat mengadap Gunung Kinabalu yang diberi nama Cinnamon. Keliling chalet ni penuh dengan pokok-pokok bunga..hijau je, bersih dan hari pertama kedatangan kami ke sana, hujan turun di Kundasang...memang sejuk lah air paip malam tu...nak mandi guna heater pun macam tak berfungsi sebab sejuk sangat.....Gambar atas tu pondok receptionistnya...call je nombor kat pondok tu adelah nanti pekerjanya yang akan datang uruskan. Simple je..isi borang..bayar baki bayaran penginapan dan terus dapat kunci..
 
Parking baik punyaaa depan rumah chalet tu..

  





Ini di belakang chalet. Disediakan tempat untuk barbeque dan istirehat di situ






Ini adalah antara gambar-gambar di kawasan rumah chalet tersebut. Aku siap ambik gambar waktu siang dan malam lagi..hehe.. Memang selesa untuk yang datang berkeluarga.
Ini bilik tidur utama di tingkat bawah..biliknya kecik aje..ngam-ngam untuk baringkan tubuh aje

Ini pula bilik tidur di tingkat atas...dan ada satu lagi tilam bujang disediakan...maknanya kat atas boleh memuatkan 3 orang dewasa lagi..


Tingkat bawah...tak sempat nak turunkan kerusi tu..aku dah snap gambar..hehe...Peti ais, tv, periuk nasi, cerek dan dapur untuk memasak juga disediakan bagi yang berminat nak main masak-masak. Aku kalau time bercuti memang bercuti betul-betul..takde nak masak-masak ni..hehe..


Ini dinner kami malam tu..dalam gambar sikit je..luar gambar ada 2, 3 bekas lagi untuk dihabiskan..hehe..tapi durian tu memang sedaplah....puas hati beli...puas hati makan...dah lah murah...

Oklah...panjang pulak cerita hari pertama di Kundasang..nanti aku sambung hari kedua, ketiga dan seterusnya dan tepek gambar yang cantik-cantik sekitar Kundasang ni...Babai...