Sunday, March 20, 2016

TIOMAN ISLAND PART 2


Morning!!..hari ni aku bangun tersangatlah awal sebab semalamkan dah tido awal..hajat di hati nak  tengok pemandangan matahari terbit..dah lama aku tak tengok sunrise..maklumlah tinggal di hutan bandar..celah manalah aku nak tengok sunrisenya...maka aku mengharapkan aku dapat menikmati pemandangan itu di Pulau Tioman ni. Aku sukakan pemandangan alam semulajadi..cukup teruja dengan apa yang aku lihat..kejadian alam..dengan warna-warna semulajadi...memang indah tak terucap dengan kata-kata..cakap banyak pun tak guna..meh aku tepek gambar-gambar indah pada pandangan mata aku di sini...kebetulan berhampiran resort tu ada jeti lama yang telah ditinggalkan..dan pagi-pagi lagi kitarong menjelajah jeti tu untuk siasat kenapa dibiarkan begitu saja...dan persoalan itu hanya tinggal persoalan yang tidak berjawab sebab hanya kitarong je yang ada kat jeti pagi-pagi buta macam tu...penghuni resort lain tidur lagi agaknya...memang privacy betullah....:-D
Indahkan ciptaan Dia..bagaikan aku mahu duduk di tepian pantai tu tanpa bergerak menikmati pemandangan itu tapi sarapan akan disediakan pukul 730pagi...café pun menghadap ke pantai..jadi sambil menikmati sarapan boleh menikmati vitamin D sekali...:-p
 ni ketika di atas jeti lama tu..dari atas nampak laut yang luas terbentang...amazing view!
Hari kedua adalah hari menjelajah taman laut. Pukul 9 pagi berkumpul di resort dan pihak resort akan bawak pelancong bandar macam kitarong ni ke bahagian Tekek untuk naik bot.Pengangkutan pergi dan balik dari Juara ke Tekek pun dah termasuk sekali dalam pakej. Dari jeti Tekek tu ke taman laut takdelah jauh sangat..dalam 15-20 minit menaiki bot. Nasiblah aku ni bukan jatuh di bawah kategori mudah mabuk laut..jadinya relax dan enjoy je sepanjang perjalanan dalam bot ke taman laut tu. Yang paling teruja nak turun berenang tengok hidupan laut dan batu karang ni adalah si ZZ sebab dia pandai berenang. Aku??..aku pandai ambik gambar je..kalau aku turun nanti siapa pulak nak ambik gambar-gambar semua ni kan?..hihi...sebenarnya aku trauma nak turun ke dalam laut yang mana kaki aku tak boleh jejak dasar...walaupun terapung tapi perasaan nak tenggelam dan lemas tu menakutkan aku..ini adalah kesan dari pengalaman yang aku pernah alami masa aku sekolah menengah dulu..sampai sekarang kalau tengok air dalam macam laut ni..memang aku tak turunlah kalau takde keperluan...tapi hari tu aku turun jugak selepas puas kena paksa dengan si Z...dia kalau tengok aku tersengih-sengih atas bot tu tak puas hati..kena turun dalam air jugak walaupun sekejap...ambik syarat kata orang..kang tak basah lak baju aku..gaya dah ada..kahkahkah..










Hari tu memang puaslah Z dan ZZ mandi laut...tengok batu karang..tengok ikan yang warna-warni..memang cantik..airnya yang biru... memang puas....dari pagi sampai ke petang diberi peluang mengecutkan diri...hihi..makanan tengahari disediakan oleh pihak resort..jadi tak perlu risau.
Pukul 330 petang pulang semula ke resort. Si ZZ  sambung lagi mandi di pantai resort...tak puas-puas betullah dia ni...heran aku.. 





jernihkan airnya..biru je..di tepian jeti tu nampak ikan berenang-renang..bagi roti je..berebut-rebut makan macam tak makan seminggu..

Lewat petang kitarong jalan-jalan di sekitar kampung..singgah makan pisang goreng di warung kampung. Malam terakhir, pihak resort sediakan makan malam BBQ...yang nyata sepanjang di pulau ni..kalau tak mandi laut..makan..kalau tak makan..mandi laut..tu jelah keje sepanjang 3D2N..camno nak susut..ye dak?...hihi..


Love,
Zura

Saturday, March 19, 2016

TIOMAN ISLAND


Assalamualaikummmmmm.....wahhh..lamanya aku tinggalkan blog ni bersawang...penuh dengan sarang labah-labah...sedihnya...tapi sebenarnya aku rindu nak menulis dan bercerita di sini..cuma biasalah alasan klise..kalau tak penyakit 'M'..masa mencemburuiku..huhuhu..(cemburulah sangatt)...:-p

Oklah..dari aku terus membebel baik aku start cerita aku ke Pulau Tioman yang indah lagi cantik tu. Walaupun dah lama tinggal di Johor tapi sebelum ni aku tak pernah teringin nak pergi ke pulau tu. Orang dari negeri lain berduyun-duyun datang...apatah lagi mat saleh dan minah saleh..memang suka ke sane..jadi cuti sekolah kali ni aku plan ke Pulau Tioman..tengok apa yang  menarik di sana...

Ikut plan asal aku nak pergi hari Sabtu tapi memandangkan tiket feri dah fully booked jadinya aku tukar ke hari Ahad. Jadual feri pukul 12 tengahari..elok terpacak matahari atas kepala...Perjalanan kali ni aku ambik pakej percutian dengan berhubung direct dengan owner resort  di sana.Urusan pun mudah..main wasap je..lepas setuju dengan itenary dan harga pakej, terus bayar depo, lepas tu aku dah tak perlu fikir apa-apa..kan senang tu..hihi...(aku memang nak yang mudah-mudah je...kata bercuti...hihi).

Bertolak awal pagi sebab aku tak suka rushing..sampai di Bandar Mersing pukul 10 pagi..awal lagi ni..perut pun tak isi lagi..sebelum mengharungi cabaran di jeti..makan kenyang-kenyang dulu tapi malangnya aku takde ambik gambar kat kedai makan tu sebab dah teruja sangat tengok seafood yang segar-segar. Dahlah first customer yang sampai..memang terbaiklah pilih lauk...

Dalam 1130 pagi  macam tu aku bertolak ke jeti Mersing..nasib baik pergi hari Ahad..takdelah ramai sangat orang...pergi kaunter terus beli tiket feri dan tiket taman laut. Harga tiket feri pergi balik untuk seorang ialah RM70 dan tiket taman laut harganya RM10 (tiket taman laut ni memang wajib beli..kalau tak nak beli ko tinggallah kat jeti tu sorang-sorang..memang tak diberi pilihan...hihi). Alkisahnya jadual feri tulis pukul 12 tapi alih-alih pukul 1 baru nampak muncung feri sampai...fuhh..berpeluh mak nak tunggu...memanglah ada kemudahan tempat duduk dan kipas semua...tapi kan best kalau sampai kat jeti tu terus naik feri...tak yah tunggu-tunggu..masa akak ni berharga dikk....bukan boleh dibuang sesuka hati...:-p
 
 
Amacam, besar tak beg sandang yang Z bawak?...Aku suka sebab aku jalan lenggang je..sebab semuanya kaum lelaki yang pikul beg..aku pegang tisu je untuk lap peluh..(bajet mak princess..:-p)
 
 
 
Tapi jangan risau..ramai macam mana sekalipun yang q nak naik feri tu..semua akan dapat tempat duduk sebab tiket dijual berdasarkan tempat duduk...punyalah detail aku cite pasal naik feri ni..padahal naik feri je..hahaha...bukan apa..perjalanan tu ambik masa 2 jam..kalau ombak besar ke...air surut ke..boleh terlajak 2 jam 1/2..jadi baik aku cerita apa yang aku alami ini untuk korang prepare mental tu awal-awal..kahkahkah...sepanjang dalam feri aku bantai tidur je..untuk memulihkan tenaga yang dah susut sikit masa q tunggu feri tadi..hahaha..






Sampai je di jeti tioman..wakil resort dah tunggu untuk bawak kami ke resort. Aku menginap di Juara Mutiara Resort yang terletak di Kampung Juara. Kalau korang tengok peta Pulau Tioman ni, Kampung Juara tu terletak di sebelah timur pulau dan jauh dari resort-resort lain. Aku lagi suka sebab tak crowded dengan pelancong-pelancong lain.. privacy sikitlah..takdelah sibuk seperti keadaan resort-resort di sepanjang pantai Kampung Tekek,  Genting, Nipah dan Paya tapi bagi yang suka suasana yang happening malam-malam..boleh tinggal di resort sebelah barat pulau.
 
 
 

 
 
 
 
 
 
Petang tu aku rehat dalam bilik je..si Z dan ZZ sewa motor RM20 sejam merempit secara sopan kat kampung tu. Nak pergi jauh-jauh pun penuh dengan hutan belantara je. Resort yang aku duduk ni dekatttt sangat dengan pantai. Beberapa langkah je dah nampak pantai. Kelebihan resort ni sebab pantainya panjang..landai dan bersih..malam tu makan malam di café resort tu. Semua tu dah termasuk dalam pakej...malam pertama kitarong tidur awal...masing-masing kepenatan...(apa yang penat sangat tak taulah)..tapi dengan suasana malam yang sunyi..perut dah kenyang..apa lagi nak fikir..bawak-bawaklah tidur....zzzz...