Saturday, March 25, 2017

PULAU BESAR, MERSING 2

Ini sambungan kisah hari pertama di resort...

Petang tu bila tengok cuaca dah redup sikit, bolehlah get ready untuk terjun ke laut.....aku nak terjun?..mihmihmih...memang tak la...mandi kat tepi bolehlah..nak selam dalam-dalam sila bagi kat dua orang tu...mandi kat depan chalet pun ada batu karang yang cantik..tak perlu selam jauh-jauh...boleh sewa peralatan renang di pondok depan chalet..







Kalau nak sewa basikal pun boleh..Pulau tu takdelah besar sangat..tapi kalau nak kayuh basikal keliling pulau santai-santai ok aje..



Gaya dua orang penyelamat pantai...Si ZZ ni memang minat berenang...dan tak takut air..macam aku...kureng berani nak menyelam dalam laut ni..main tepi-tepi pantai bolehlah..janji basah ye dok?..hihi




 Beriya angkat kayak tu...






Dah penat menyelam, berenang dan main air, landing jap sambil minum air kelapa mengadap matahari terbenam. Tenang je mengadap laut yang luas...

Malam tu pihak resort mengadakan BBQ dinner. Macam-macam disediakan tapi aku makan ala kadar saje..




 Muka-muka kekenyangan.. 
Oklah..nanti aku sambung kisah hari kedua di pulau k..daaaaa

Friday, March 24, 2017

PULAU BESAR, MERSING


Dah lama tak menaip..hati nak menaip tapi tangan tak kesampaian....oklah..kali ni nak cerita tentang percutian 3H2M di Pulau Besar, Mersing, Johor. Tahun lepas dah ke Pulau Tioman..tahun ni nak cuba menjelajah ke Pulau Besar pulak.. nak tengok apa yang menarik kat sana...

Mulanya aku buat survey dulu...cari info tentang Pulau Besar ni...baca dari blog-blog lain tapi tak banyak blog yang mengisahkan tentang Pulau Besar ni. Mulanya aku pun hanya tahu Pulau Besar yang terletak di Melaka..rupanya di Mersing pun ada dan hanya ada tiga resort yang beroperasi di pulau tersebut. Di antara ketiga-tiga resort yang ada, aku memilih untuk tinggal di Aseania Beach Resort yang pada aku antara yang terbaik dan penginapan yang selesa disediakan di situ. Seawal bulan 1 aku cuba booking melalui internet di website resort tersebut tapi rupanya hanya pada 15hb Februari sahaja booking melalui website akan dibuka. 

Aku pilih pakej Full Board yang siap dengan boat transfer dari jeti ke resort dan sebaliknya, kalau pilih half board, nanti untuk boat transfer kena bayar harga lain. Aku lagi suka kalau semuanya telah dimasukkan sekali, jadi tak perlu nak pening-pening kepala lagi. Di resort aku pilih Seaview Chalet untuk 3 orang...siap dengan satu queen bed dan satu single bed termasuk sarapan, makan tengahari dan makan malam selama di sana.

Aku pergi hari sabtu hingga isnin (18.3.17 - 20.3.17). Kenapa hari sabtu? sebab...hihi..aku dah survey sebelum tu yang setiap sabtu malam akan diadakan BBQ dinner, jadi nak lah join sekali...hihi..

Sabtu (18.3.17)

Aku bertolak dari Skudai pukul 8.30 pagi dan tiba di Mersing pukul 11.00 pagi. Kami makan dulu di tepian jeti Mersing, isi perut dulu sebelum naik bot pukul 12.00 tengahari nanti. Bot yang kami naiki ni adalah bot yang disediakan oleh pihak resort sendiri yang hanya mengambil masa selama 20 minit saja untuk tiba di jeti resort berbeza ketika pergi ke Pulau Tioman, kita akan naik feri beramai-ramai.



Kan senang ada dua orang bodyguard ni..tolong bawakkan beg yang berat tu...hihi


Sebelum naik bot, kita ambil gambar dulu di Jeti Mersing.





  
Tiba sahaja di jeti Aseania Beach Resort....wahhh....cantiknyaaaaa.....pemandangan laut di sini....dengan airnya yang kebiru-biruan..dengan berlatarbelakangkan bukit-bukau...dengan langit yang biru...argghhh..memang cantik...





Tiba sahaja di perkarangan resort, disambut dengan ais limau....nyaman je bila dah masuk dalam tekak tu..




Makanan tengahari pun dah ready...tapi disebabkan dah makan tadi sebelum naik bot, jadi aku hanya ambil spagetti untuk alas perut...sedap pulak tengok balik gambar spagetti ni...




Cantikkan pemandangan dari cafe resort tu...dengan angin pulau yang bertiup lembut...rasa nak terlelap jee..














 Inilah chalet kami..chalet no. 106..mengadap laut






Ok..sampai sini dulu untuk hari pertama..tapi belum habis lagi nak cerita..petang tu kami habiskan masa dengan aktiviti-aktiviti pantai..nanti aku sambung lagi....daaaa