Thursday, December 29, 2016

Perjalanan mencari diri..

Ya Rabbku...
aku datang kepadaMu..
membawa diri yang penuh dengan dosa-dosa silam..
mengharapkan keampunan dan belas kasihanMu...
terimalah aku Ya Rabb..Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..


Ya Rabbku..
sisa-sisa umur yang tinggal ini..
aku mahu peruntukkan demi mencari keredhaanMu
aku telah letih dengan rutin dunia..
yang bagaikan tiada kesudahannya...
berilah aku peluang untuk memperbaiki diri..
sebelum aku dijemput kembali..

Ya Rabbku...
kasihanilah aku..
pandanglah aku..
dengarilah permintaan aku..
bimbinglah aku..

Aku mohon kepadaMu perjalanan mencari diri ini Engkau mudahkan untukku.Janganlah Engkau uji aku dengan sesuatu ujian yang aku tidak mampu menghadapinya. Berilah aku peluang merasai perasaan indah itu seperti yang telah Engkau hadiahkan pada hamba-hambaMu yang terdahulu...


Umrah 14-25.12.2016
Zura.

No comments: