Friday, November 11, 2016

Vietnam Kisah 1



Perjalanan ini dah lama..ni dipanggil kenangan baling belakang..(throwback katanyaaa...) Tahun 2013..aku pergi berdua bersama cousinku yang memang rapat sejak kecik lagi...sebelum ni aku pernah ke Sabah berdua dengan dia..tapi luar Malaysia belum lagi...so kali ni kami plan nak travel ke Ho Chi Minh atau Saigon di Vietnam..sebab dari pembacaan aku kat sana boleh tahan best shoppingnya...perempuan dengan shopping mana boleh dipisahkan ye tak?..padahal apa sangatlah yang aku beli pun...saja suka-suka..hihi..

Tapi cousin aku ni keje kat KL..aku ni kat JB...tapi itu bukan halangan...kite jumpa di KLIA..plan memanglah pergi berdua tapi bukan main redah jee...keberanian aku tak sampai ke tahap tu lagi..hihi..jadi kami follow travel agency..yang senangnya just bayar ikut harga pakej yang ditawarkan..selebihnya pihak agent yang uruskan segala..kata nak bercutikan?..so tak payah pening-pening kepala pikir...mereka sediakan segala dari bab pengangkutan, makanan, hotel..just bawak body je dengan kepala yang lapang..

Di sana kami bermalam di Kingston Hotel. Pada aku dah cukup selesa..dekat pulak tu dengan Pasar Ben Thanh.Jalan kaki je..


Ni kat lobi hotel..



Kalau ke Ho Chi Minh tak pergi ke Chu Chi Tunnels tak sah...Jauh jugak tu dari hotel..lebih kurang 40km dari bandar. Nama pun terowong lama yang dibina ketika zaman perang Vietnam dan Amerika Syarikat dulu. Sekarang ni dah jadi tempat pelancongan yang popular di Vietnam. Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat aku amik kat sane.
Sepanjang perjalanan banyak disajikan dengan pemandangan sawah padi ni...yang uniknya di sana..apabila berlaku kematian, mereka hanya kebumikan si mati di tepian sawah tersebut..sebab aku tengok tepi rumah ada kubur...tepi sawah ada kubur..maknanya mereka hanya kebumikan si mati di tempat mereka tinggal sebelumnya..bukan di kawasan khas untuk tanah perkuburan seperti di negara kita.




Ni tempat simpanan senjata lama. Amacam ada gaya tak?..hihi



Ni lubang nak masuk dalam salah satu terowong. Punyalah gelap kat bawah tu. Mengagau cari jalan keluar. Aku boleh bayangkan macam mane azabnya Vietnamese yang terpaksa lalui kehidupan di dalam terowong ni...aku ni badan besarlah jugak nak merangkak bawah tu..muat-muat je..tapi Vietnamese badannya kecik molek aje..sedang elok je merangkak dalam terowong tu..


Nampak tak cahaya terang belakang aku tu...maknanya aku dah jumpa jalan keluar..siap ada tangga lagi panjat keluar.


Add caption

Kreatif pulak tempat basuh tangan ni..Air dari bukit yang dialirkan melalui lubang-lubang kecik kat buluh panjang tu. Dari Chu Chi Tunnels bergerak pulak ke War Remnants Museum...Hari tu memang  hari  perang-perang je.










Dalam muzium ni memang banyak koleksi gambar-gambar kesan dari peperangan Vietnam dan Amerika dulu. Kalau tengok semua gambar-gambar ni memang tragislah...sedih..jiwa aku pun seperti disiat-disiat melihat kekejaman yang dilakukan sesama manusia...



Nampak tak muka aku cam tak ceria je sebab terkesan dari tengok gambar-gambar tu semua...






Dalam perjalanan balik singgah di pejabat pos pulak...di pejabat pos ni aku ada beli buku koleksi setem-setem vietnam...cantik-cantik setemnya...:-)





Hari tu memang sampai ke malam berjalan...penat tapi seronok...penutupnya..kami dibawa naik kapal persiaran...amik angin malam..punyalah meriah hiasan lampu-lampu kat kapal ni..muka aku tak yah cakaplah..dah letih dah nak senyum....


























Vietnam Kisah 2

TIOMAN ISLAND PART LAST


Nak sambung sikit lagi sebenarnya cerita ke Tioman ari tu...punyelah lama aku peram...pas subuh hari terakhir.. aku dah aim nak tengok lagi sunrise di tepian pantai..kali ni aku dapat menikmati view yang sungguh indah...sampai ke hari ini aku masih terbayang-bayang keindahan ciptaanNya...dengan warna  langit..awan..sinaran pagi matahari...kalaulah setiap pagi aku bangun tidur dapat menikmati pemandangan indah ini kan best!...tak payah pergi jauh-jauh..bukak je jendela (bahasa buku gitu..) terus menghirup udara pagi yang segar....oh my...(mood berangan).








Gambar-gambar yang aku amik ni aku tak edit langsung. Semuanya adalah dari warna-warna alam semulajadi seperti yang aku lihat. Kebetulan ada sorang mamat ni berlari menuju ke pantai nak bersenam...tu yang ada model kat tengah-tengah tu..








Breakfast macam biase...mengadap pantai...ditemani hembusan bayu laut yang dingin lagi mendamaikan....aargghh...rindunya suasana tu...


Sehari sebelum balik tu di waktu petang kalau dah puas mandi pantai, boleh sewa basikal round-round kat sekitar resort tu. Sewa basikal dalam RM5 sejam. Kayuhlah sepuas hati selagi larat. Aku ni dah berpuluh tahun tak naik basikal..terkial-kial..memula je...lepas dapat rentaknya...lajulah..tapi kena tinggal gak kat belakang oleh dua orang pelumba kampung tu...hihi





Kalau gian nak main buai pun boleh...takde sapa nak larang....:-)




 
Hari terakhir di Tioman hanya santai-santai saje. Lepas breakfast, jalan-jalan sekitar resort dan lepas tu mula kemas beg untuk balik. Pihak resort akan hantar kami semula ke jeti. Perjalanan balik ke mainland dengan feri kali ni sangatlah lancar. Tak seperti ketika nak datang hari tu..berjam-jam tunggu feri. Walau apa pun..ini adalah pengalaman pertama kali aku ke Pulau Tioman dan aku sudah mula jatuh hati dengan keindahan dan kecantikan pulau itu.



Love..
Zura