Sunday, March 20, 2016

TIOMAN ISLAND PART 2


Morning!!..hari ni aku bangun tersangatlah awal sebab semalamkan dah tido awal..hajat di hati nak  tengok pemandangan matahari terbit..dah lama aku tak tengok sunrise..maklumlah tinggal di hutan bandar..celah manalah aku nak tengok sunrisenya...maka aku mengharapkan aku dapat menikmati pemandangan itu di Pulau Tioman ni. Aku sukakan pemandangan alam semulajadi..cukup teruja dengan apa yang aku lihat..kejadian alam..dengan warna-warna semulajadi...memang indah tak terucap dengan kata-kata..cakap banyak pun tak guna..meh aku tepek gambar-gambar indah pada pandangan mata aku di sini...kebetulan berhampiran resort tu ada jeti lama yang telah ditinggalkan..dan pagi-pagi lagi kitarong menjelajah jeti tu untuk siasat kenapa dibiarkan begitu saja...dan persoalan itu hanya tinggal persoalan yang tidak berjawab sebab hanya kitarong je yang ada kat jeti pagi-pagi buta macam tu...penghuni resort lain tidur lagi agaknya...memang privacy betullah....:-D
Indahkan ciptaan Dia..bagaikan aku mahu duduk di tepian pantai tu tanpa bergerak menikmati pemandangan itu tapi sarapan akan disediakan pukul 730pagi...café pun menghadap ke pantai..jadi sambil menikmati sarapan boleh menikmati vitamin D sekali...:-p
 ni ketika di atas jeti lama tu..dari atas nampak laut yang luas terbentang...amazing view!
Hari kedua adalah hari menjelajah taman laut. Pukul 9 pagi berkumpul di resort dan pihak resort akan bawak pelancong bandar macam kitarong ni ke bahagian Tekek untuk naik bot.Pengangkutan pergi dan balik dari Juara ke Tekek pun dah termasuk sekali dalam pakej. Dari jeti Tekek tu ke taman laut takdelah jauh sangat..dalam 15-20 minit menaiki bot. Nasiblah aku ni bukan jatuh di bawah kategori mudah mabuk laut..jadinya relax dan enjoy je sepanjang perjalanan dalam bot ke taman laut tu. Yang paling teruja nak turun berenang tengok hidupan laut dan batu karang ni adalah si ZZ sebab dia pandai berenang. Aku??..aku pandai ambik gambar je..kalau aku turun nanti siapa pulak nak ambik gambar-gambar semua ni kan?..hihi...sebenarnya aku trauma nak turun ke dalam laut yang mana kaki aku tak boleh jejak dasar...walaupun terapung tapi perasaan nak tenggelam dan lemas tu menakutkan aku..ini adalah kesan dari pengalaman yang aku pernah alami masa aku sekolah menengah dulu..sampai sekarang kalau tengok air dalam macam laut ni..memang aku tak turunlah kalau takde keperluan...tapi hari tu aku turun jugak selepas puas kena paksa dengan si Z...dia kalau tengok aku tersengih-sengih atas bot tu tak puas hati..kena turun dalam air jugak walaupun sekejap...ambik syarat kata orang..kang tak basah lak baju aku..gaya dah ada..kahkahkah..










Hari tu memang puaslah Z dan ZZ mandi laut...tengok batu karang..tengok ikan yang warna-warni..memang cantik..airnya yang biru... memang puas....dari pagi sampai ke petang diberi peluang mengecutkan diri...hihi..makanan tengahari disediakan oleh pihak resort..jadi tak perlu risau.
Pukul 330 petang pulang semula ke resort. Si ZZ  sambung lagi mandi di pantai resort...tak puas-puas betullah dia ni...heran aku.. 





jernihkan airnya..biru je..di tepian jeti tu nampak ikan berenang-renang..bagi roti je..berebut-rebut makan macam tak makan seminggu..

Lewat petang kitarong jalan-jalan di sekitar kampung..singgah makan pisang goreng di warung kampung. Malam terakhir, pihak resort sediakan makan malam BBQ...yang nyata sepanjang di pulau ni..kalau tak mandi laut..makan..kalau tak makan..mandi laut..tu jelah keje sepanjang 3D2N..camno nak susut..ye dak?...hihi..


Love,
Zura

No comments: