Friday, September 25, 2015

Makan-makan..

Memandangkan hari raya haji ni aku tak balik kampung sebab cuti hanya satu hari je...dan cuti tahunan aku pun dah tinggal hujung-hujung nyawa ikan..makanya parent aku dengan berbesar hati datang ke jb menjenguk anak cucu kat sini...kalau aku balik kampung nanti...hari jumaat aku dah kena kembali semula ke jb sebab hari sabtu anak bujang nak pulang semula ke pangkuan asrama..jadinya untuk kemaslahatan semua pihak..simpan dululah niat nak balik kampung tu...huhuhu..

Aku pulak dah pasang niat awal-awal..kalau wan dan atok datang jb..tak payahlah sibuk-sibuk kat dapur nak masak bagai....biarlah diaorang datang santai-santai..relax-relax..jalan-jalan..makan-makan..shopping...macam datang bercuti gitu...orang kalau pergi bercuti mana ada masak-masak ni..penatlah..

so layan gambar jelah..tapi bila makanan dah sampai...semangat nak makan tu lagi kuat dari semangat nak ambik gambar..hihi..jadi ini jelah gambar yang ada yang sempat aku snap..yang lain penuh dengan aktiviti makan dan makan tapi takde gambar..huhu..
  kedai baru..Steakout di Bandar Baru Uda..not bad..service pun cepat..takdelah tertunggu-tunggu sampai perut masuk angin.. 
 
 Bila lapar..nama food pun tak amik tau..acaner ni..??
 





Alkisahnya masa makan steak tu carrot yang diletak keras lah pulak..macam dicelur kejap sangat...jadi aku bagitaulah kat waiter yang ambik menu tu. Tup-tup...dia datang dengan sepinggan dessert ni ha...aloloo..sweet sangat ni..pandai amik hati customer...hihihi..



 

 


 tuan tanah dan anak bujang tuan tanah..tu jelah sorang..emas permata pengarang jantung...



Lots of Love:
    Zura


Saturday, September 5, 2015

15th Wedding Anniversary..

Assalamualaikum...

Asyik cerita tentang travel je..kali ni aku nak dedicate special entry for my husband...yelah...diakan sebahagian daripada hidup aku..tahun ni tahun ke 15 kami telah bersama..sekejap je masa berlalukan..kalo time sekolah dah masuk form 3 ni....aku rase baru hari tu nikah dengan dia..tup-tup dah 15 tahun..Alhamdulillah...segala puji-pujian bagi Allah yang memberikan nikmat ini...

Lumrah kehidupan..dalam hidup berumahtangga..tak semuanya manis..dan tak semuanya pahit..ade ups and down...tapi masing-masing cuba belajar memperbaiki kekurangan yang ada..menambah baik kelebihan yang diberi...manalah ada pasangan yang perfect serba serbi...ade ke??..yang takde cacat cela...yang senyum je 24 jam..pasti ada dugaan yang datang...cuma terpulang kepada kebijaksanaan dan kematangan kita untuk handle sesuatu dugaan atau ujian yang datang tu...pilihan di tangan kita...samada nak melenting ke..nak mengamuk ke..nak mengadu domba ke...atau yang paling best sabar jeee....atau pilih untuk berdiam diri dulu dan settlekan kemudian.

Kalau baca kisah rumahtangga yang berlaku di sekeliling kita ni..macam-macam kisah...kadang tak terjangkau dek akal ni perkara tu berlaku...samada datang ujian dalam bentuk kewangan..ada yang lain pulak  ujian  yang melibatkan hati dan perasaan...dengan pasangan yang tidak cuba memahami atau bertolak ansur...asyik dia dan dia je yang betul dan macam-macamlah seribu satu masalah...tapi itu semua adalah suatu proses pembelajaran yang berterusan bagi yang mampu menahannya.

Aku sentiasa ingatkan diri aku untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini..mungkin pada pandangan orang lain..tidak ada apa-apa yang istimewa..tapi perasaan 'cukup' itu lebih baik bagi diriku...rasa bahagia yang hadir dalam hati bukanlah datang dari harta yang banyak atau kehidupan yang mewah tapi ia adalah perasaan yang Allah hadirkan dalam hati bagi sesiapa yang Dia kehendaki.


kali ni kite ke kenny rogers je sudah....nak makan simple-simple je..muka Z pun macam penat sebab baru balik keje..aku je ceria manjang sebab time amik gambar haruslah senyum..hihi...moga jodoh kita berpanjangan dan kehidupan rumahtangga ini diberkati olehNya..Ameen..

Friday, September 4, 2015

Korea Last Part


Ini last part cerita tentang perjalananku ke bumi Korea...dan sebelum perantau pulang dari perantauan..moh le kite ke Nami Island dulu...pulau yang menjadi tarikan pelancong kerana pengembaraan drama Winter Sonata pernah dilakukan di sini. Kira besar dan luas jugaklah pulau ni. Nak ke sana kena naik feri dulu...tapi bagi yang suka adventure atau lagi sesuai bergayut di tali bolehlah sampai ke pulau tu dengan flying fox. Kalau landing atas pokok nasiblah..hihi....



masa aku pergi ni spring season...kalau datang masa winter sure lagi cantik pulau ni...dengan pokok-pokok painnya yang pelbagai......dengan landskap sekeliling pulau tu...






 

 Elok je terpacak gambar pelakon dengan basikal yang pernah digunakan dalam drama winter sonata bawah batang pokok tu...dah uzur dah basikal dan gambar  tu aku tengok...selagi tak reput selagi tulah ada kat situ agaknya...


masa ambik gambar dengan poster besar ni..depan aku bukan main lagi ramai pelancong yang lain duk tunggu giliran nak bergambar jugak...

Dari pulau dibawa pulak ke kawasan perkampungan tradisi masyarakat Korea yang masih kekal di sana...rumah-rumah tradisi ni asalnya adalah penempatan khas untuk pegawai-pegawai kerajaan...seperti kuarters kerajaan di negara kita..lorong yang sempit ni pun jadi tempat tarikan pelancong...sabor jelah...








Di Incheon Airport..sedang berjalan-jalan cuci mata tunggu masa nak berlepas...tetiba ada rombongan maharaja dan maharani jalan-jalan jugak kat situ...siap lambai lagi kat aku...hihi...dengan hulubalangnya..siap dengan iringan muzik lagi mengiringi rombongan tu.



Tamatlah sudah kisah di Korea..dah-dah lah tu....aku nak start cerita yang lain pulak..Kalau boleh aku nak abadikan perjalanan aku ke negara-negara lain yang pernah aku pergi dalam blog aku ni....at least takdelah berkarat memori tu...catatan perjalanan aku hanya yang ringkas-ringkas je....tapi bila aku tengok gambar-gambar ni semua..aku teringat kembali apa yang aku dah lalui ketika itu...next time kita ke Vietnam pulak ok!..Babai.